Sunday, February 12, 2012

L.O.V.E_G.A.M.E (READ UNTIL FINISH PLEASE)

memerlukan 2 org pemain tetap..
dan seorang pemain reserve..
2 pemain lelaki dan seorang perempuan..

syarat-syarat permainan
-pemain mestilah sepadan
-cantik di mata lelaki (pemain tetap)
-beragama islam
-waras (tidak gila)
-boleh bercakap

permainan akan bermula:
          si lelaki (pemain tetap) yang sudah beberapa tahun membujang. tiada wanita yang dapat menarik penglihatannya dan hati nya. Sehingga bermulanya satu hari sedang menunggu rakanya di kedai makan. Terpandang senyuman yang sungguh menarik dan hati nya begitu kosong apabila melihat senyuman gadis tersebut. Dengan niat ingin mengenali wanita dengan lebih rapat. Mula mengatur usaha untuk mendapat perempuan tersebut. Mencari maklumat tersebut di sesawang internet namun tidak di jumpai. Tekad untuk bertanya rakan kepada wanita tersebut. Dengan perasaan tidak malu di tanya nya kepada rakan si wanita itu hanya memberitahu nama wanita itu. Hanya mendapat nama tidak memadai, namun lelaki itu hanya mampu bersabar. Setelah seminggu wanita itu tidak kelihatan, tiba2 wanita itu lalu di hadapan lelaki (pemain tetap) tersebut.
Lelaki tersebut secara tidak sengaja memberi senyuman kepada wanita itu namun  hasil nya amat mengejutkan apabila senyuman nya di balas dengan ikhlas.
         Lelaki tersebut terus mengejar wanita tersebut dan ingin meminta nombor telefon namun tanpa jawapan. Kemudian di mintan nya fb hanya senyuman yang di berikan kepada lelaki itu. Akhirnya wanita tersebut melemparkan kertas yang baru di tulis iaitu e-mail fb nya. Tanpa berlengah,, lelaki tersebut terus menghantar pemintaan sebagai rakan kepada wanita itu melalui fb. Di lihat nya info wanita itu "SINGLE". Petanda yang amat baik. Setelah seminggu berborak di dalam fb dan membalas senyuman apabila berselisih kemudiaan mengambil keputusan ingin berjumpa.
        Maka bermula permainan L.O.V.E... Ombak menjadi saksi dengan perbualan mereka. Lelaki tersebut perlu cara yang berbeza untuk memikat wanita itu. Berbagai perjanjian telah di cipta. Laut dan angin telah menjadi saksi. Wanita tersebut telah tertarik kepada lelaki (pemain tetap) itu. Mengambil keputusan untuk hidup bersama dan wanita itu terima. Keriangan hati lelaki itu tidak terkata. Hanya mampu bersyukur.
berlalu 3 hari declaire sebagai couple dan sentiasa bersama.
        Bermula babak lelaki (reserve) apabila melihat wanita yang kelihatan begitu cantik sekali. Lelaki (reserve) itu ialah kawan kepada abg wanita tersebut, maka lebih senang la krja nya untuk memikat hati wanita itu. Berbagai strategi  telah di kumpul untuk memikat wanita itu kerana lelaki (reserve) itu bole menggunakan abg wanita itu sebagai strategi nya. Mudah! semua berjalan dengan lancar dan tanpa ada sedikit pun strategi yang di rancang rosak. Lelaki (pemain tetap) mula berasa pelik kerana banyak alasan apabila mengajak keluar,pegi makan,gathering and all. Tetapi lelaki itu hanya mampu berdoa kepada maha pencipta-NYA supaya di beri petunjuk. Petang yang agak membosankan dan lelaki (pemain tetap) mengambil keputusan untuk spend time bersama geng2 nya.
      Tidak sampai 5minit jejak kaki nya di pantai  bersama geng2 nya,, tiba2 sebuah motosikal lalu dengan penuggangnya seorang lelaki dan seorang wanita. Wanita yang amat di kenali lelaki (pemain tetap) itu.
Wanita tersebut kelihatan terkejut apabila melihat lelaki (pemain tetap) itu. Namun lelaki (reserve) buat2 tiada apa2 yang berlaku. Lelaki (pemain tetap) itu memberi senyuman kepada wanita tersebut, namun wanita itu terus berpaling muka nya ke tempat lain. Pelbagai alasan yang di hantar kepada lelaki (pemain tetap) itu namun setiap kali lelaki itu mendapat mesej nya lelaki itu hanya membalas ":)" *smiley face. Dan akhir nya lelaki tersebut agak rimas dan terus menghantar mesej "saya lepaskan awak pergi, saya gembira kalau awak gembira dengan orang lain sebab saya dah tak mampu gembirakan hati awak lagi, awak pegilah kat dia k.. saya tak larang pun.. ouh about ptg tadi yg terjadi aggap je saya tak nampak.. assalamualaikum.." Perasaan lelaki (pemain tetap) itu terasa lega apabila meluahkan segala nya.
      Selepas kejadian itu bermula lah babak tackle antara lelaki (reserve) dan wanita tersebut. Sungguh bahagia hati perempuan tersebut mendapat lelaki yang berharta dan mempunyai rupa yang wanita tersebut inginkan. Sekarang lelaki (pemain tetap) itu berasa sunyi kembali namun dia masih ada cinta nya yang amat kuat di antara dia dan ALLAH S.W.T. Kerana ALLAH saja yang maha mengetahui. ALAHMDULILLAH....
      Sungguh kejam L.O.V.E_G.A.M.E ini jika sesiapa tidak berhati2 bukan saja perasaan remuk malah maruah juga bole tergadai. Ingatlah wahai wanita baikpun lelaki,, jagalah perkara yang di larang oleh ALLAH.
Berfikir sebelum memilih pasangan.


------------> cerita ini adalah kisah benar dan tiada rekaan walau sedikit pun cuma di pendekkan sahaja..
------------> bukan niat untuk mengaibkan wanita tersebut atau lelaki (reserve) itu, tetapi hanya mengingatkan diri sendiri.
------------> entry sebelum ni iaitu "HANCUR LA WUJUD NYA PIHAK KETIGA" itu adalah peristiwa yang sama di dalam entry ini tetapi entry sebelum ni hanya menggunakan kata2 kiasan..


assalamualaikum the reader.....



PEMAIN TETAP
(Muhamad Andzar)

*wanita dan lelaki (reserve) tiada gambar kerana tidak ingin mengaibkan mereka....
sekian terima kasih...

No comments:

Post a Comment