Thursday, March 15, 2012

aku bukan mengalah tetapi masih belum berjaya....

melihat dua insan itu sungguh menyeronokkan.. hanya mampu memasang niat sahaja..
ramai rakan sebaya bertanya tentang soalan yang aku tidak berminat untuk menjawab...
contoh soalan-soalan mereka:
-kenapa kau tak couple.?
-cantik tak perempuan tu.?
-engkau nak perempuan macam mana.?

seperti malas untuk mengingati kembali soalan-soalan itu... kerana tidak mahu tangan ini terberhenti sendiri untuk menaip...
itu lah soalan-soalan mereka yang pernah di tujukan.. aku ini seseorang yang tidak suka meluahkan dan berkongsi masalah di depan kawan-kawan..aku hanya berkongsi dengan orangorang terpilih..
 jika aku tertarik kepada seorang wanita itu akan aku simpan dan membuat penilaian terlebih dahulu..
jika penilaian itu ternyata keputusannya 70% ke atas akan aku mulakan perbicaraan ini bersama rakan.. diri aku seperti hot stuff bukan..?? aku bukan hot stuff tetapi penilaian harus di buat seperti ingin menjawab soalan  spm.. mereka sanggup memerah otak untuk mendapatkan jawapan yang tepat.. ia sama seperti aku..
perkara yang paling penting,, aku tidak pandai menarik hati wanita... minta maaf... ramai rakan mengatakan aku seperti mengalah mahu bercinta... kesilapan yang teramat besar mereka lontarkan fakta di situ.. aku bukan mengalah tetapi aku masih belum berjaya berjumpa dengan wanita yang aku idamkan... sekarang memang ada tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan.. pernah ambil keputusan untuk meluahkan tetapi takut tanpa pertimbangan terus di tolak... mungkin aku perlu sabar dulu... inginkan satu kejayaan dan kemenangan yang besar engkau perlu ada kesabaran setinggi gunung.. seperti awan nano yang berada di langit itu kecil tetapi masih mampu menyiram air di bumi yang engkau pijak ini..
aku hanya berkongsi pengalaman dan kisah hidup aku yang tidak menarik ini...
mohon maaf jika engkau-engkau tidak tertarik atau menimbulkan kemarahan semasa membaca..... hanya ini santapan malam yang aku ada di dalam otak...
assalamualaikum

No comments:

Post a Comment