Monday, March 12, 2012

DARA yang satu itu akan di junjung akhir nya rebah kembali

gambar hiasan semata-mata
gambar hiasan semata-mata


memulakan perbicaraan dengan lafaz bismillah dan assalamualaikum...
seteguk air permulaan menekan button kekunci..
aku ingin mengolah tentang pergerakkan masa kini...
iaitu DARA....
mukaddimah isu ini aku berikan tentang pendapat wanita kebanyakkannya pada pergerakkan masa kini sering melontarkan ayat-ayat seperti "wanita yang bertudung itu tidak semua yang baik" dan wanita yang tidak bertudung itu tidak semua jahat dan mereka masih sembah kepada yang esa..
memang kebenaran itu mempunyai bukti kerana wanita lebih mengetahui dalam hal-hal begini tetapi bagi aku wanita yang tidak berdara dan jahat masih lagi bertudung mereka masih mengikut perintah penciptan-NYA dan wanita tidak bertudung itu nampak baik tetapi hakikat nya mereka tidak mengikut perintah pencipta-NYA....
aku bukan seorang pencerita yang hebat tetapi ingin berkongsi dan mahukan ulasan atau pendapat lebih pakar tentang perkara-perkara ini...
apabila topik dara telah di naikkan sebagai carta teratas maka tidak lari dan berhubung rapat bersama insan bernama "wanita"..
pertanyaan lelaki kebanyakkan akan menjadikan isu ini sebagai buku yang penting bagi mereka tetapi aku tidak akan sesekali memandang kepada isu ini dan aku hanya mampu mendengar dan tidak akan aku bagi feedback kepada mereka-mereka kerana berlainan dengan pendapat aku....
dara sesungguhnya amat penting dan lebih tepat lagi ialah "maruah wanita"
tetapi tidak semestinya maruah wanita terletak pada dara.. penilaian,perbuatan dan percakapan seseorang yang bergelar wanita akan aku ketengahkan..
dara itu akan menjadi isu kedua bagi aku..
kerana setiap perbuatan,percakapan dan penilaian seseorang wanita harus di jaga...
pandangan aku yang pertama sekali apabila menilai seseorang wanita dengan percakapannya,perbutannya dan akhir sekali penilaiannya..
wajarkah pertanyaan lelaki apabila mengetengahkan isu dara ini kepada seseorang wanita.?
agak keterlaluan apabila soalan dara ini di tanyakan kepada kaum si hawa...
sesungguh nya mereka masih mempunyai dara tetapi apabila soalan itu di ajukan mereka akan membuat penilaian kepada lelaki iu sebagai "KURANG AJAR"
apabila soalan tiada hormat itu di ajukan kepada wanita yang tidak mempunyai dara mereka akan rebah apabila mendengar soalan seperti itu..
pengalaman diriku apabila mendengar kata-kata orang.... seseorang wanita yang tiada dara akibat berzina atau tidak sengaja dengan kehilangannya pada satu situasi..
kehilangan dara akibat berzina memang keji tetapi apabila mereka telah bertaubat masih lagi ia kelihatan keji di mata makhluk tetapi tidak semua..
kehilangan tidak sengaja pada satu situasi contohnya seseorang perempuan yang lasak..
pertanyaan yang sering di aju kepada lelaki apabila seseorang wanita melontar satu ayat....
"awak tidak berasa malu jika saya ini bekas orang"?
3 ciri-ciri lelaki apabila menjawab soalan ini..
ciri pertama mereka akan menjawab dengan jawapan yang negativ dan sehinggakan ada yang sanggup mengherdik wanita tersebut..
ciri kedua akan cuba melontarkan jawapan yang dapat menyedapkan hati wanita tetapi dalam masa yang sama mencari jalan untuk meninggalkan wanita..
ciri yang ketiga aku sangat suka dengan lontaran jawapan seseorang lelaki di dalam ciri ini selepas mendapat tahu wanita tersebut mampu memberitahu tentang perkara itu dan dia hanya kebingungan kerana wanita itu tidak rasa bersalah dan lelaki ini juga kebarangkalian akan mengendahkan perkara itu kerana cinta atau kasih sayang itu boleh menerima perkara yang buruk antara kedua pihak..
mungkin banyak lagi ciri-ciri tetapi aku belum mengkaji sehabis nya..
jadi kesimpulan yang aku mampu berikan di dalam isu ini ialah wanita yang tidak berdara itu masih mulia pada pandangan lelaki yang terpilih..
jika aku dan topik ini telah memberikan kemarahan sesuatu pihak aku memohon maaf dan menyusun kedua belah tangan... harap maafku diterima...
hanya sampai di sini sahaja ulasan yang mampu aku berkian untuk tatapan kamu semua...
assalamualaikum......

No comments:

Post a Comment