Wednesday, March 14, 2012

seperti sang keldai yang membabi buta mengikut perintah...




isu ini menjadi santapan seterusnya

mata aku fokus di hadapan skrin putih dalam beberapa minit untuk berfikir tentang sesuatu... dalam beberapa jam mengalir satu perbicaraan tentang perjanjian di dalam kepala aku membuat jari ini untuk menekan button blogger...
mungkin sesetengah manusia yang masih berpijak di bumi ini menganggap janji itu seperti memuat gambar di facebook dan apabila kelihatan hodoh mereka akan membuang kembali...
itu bukan cara aku.... engkau berani mencipta satu perjanjian dan engkau tidak mematuhi nya,, apabila situasi ini berlaku engkau telah menunjukkan kebodohan engkau seperti tentera yang berpatah balik di medan perang..
perkara ini selalu aku angkat di carta pertama dalam hidup aku... kerana jika mereka tidak berani menjalankan perjanjian mereka secara automatik telah menyakitkan hati sebelah pihak... perjanjian kecil itu selalu akan menjadi alasan kepada pengingkar tetapi apabila mereka tidak dapat menawan yang kecil itu perkara yang besar akan melambai mereka sambil berkata "selamat tinggal pengingkar"
jadi, sekecil mana perjanjian yang mereka hadapi perlu di titik beratkan seperti ibu yang tekun membasuh beras sambil mencari ulat-ulat di dalam nya..
separuh karakter yang selalu berjanji dengan alasan untuk menyedapkan hati.. kemudiannya mereka akan menekan button 'delete' untuk di buang dari fikiran bodoh mereka seperti perjanjian itu hanya lah sarungan cincin semasa upacara nikah..
kebodohan mereka menyebabkan maruah mereka yang di sarung di kaki untuk melindungi kaki semasa berjalan...
memang tidak semua insan begitu tetapi hampir semua begitu...
jadi santapan ini hanya untuk renungan untuk kamu pernah atau tidak menjadi pengingkar...
aku tidak mahu menyakitkan hati mana-mana pihak tetapi ini cerita berdasarkan pengalaman diri aku...
insan tidak akan terlepas dari segala kesalahan...
maaf jika membuatkan kemarahan kamu semua berada di tahap teratas semasa membaca...
susun sepuluh jari di letakkan di skrin putih ini memohon maaf....
assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment