Wednesday, March 14, 2012

terjadi insan bernama wanita

dengan satu kit kat yang telah aku habiskan mampu memberikan aku satu idea seperti halilintar yang bermain di kepala ini semasa melihat seorang insan yang berjalan di hadapan aku..
kit kat dan insan itu telah memberikan aku inspirasi untuk memberikan santapan seterusnya untuk kamu semua...
insan itu bernama wanita... tidak salah lagi itu adalah wanita.. mereka semua mampu memberikan hidup para-para lelaki di bumi ini kebahagian.. kehebatan wanita tidak tertanding berbanding lelaki jika kita lihat dari segi senyuman mereka yang di berikan..
aku bukan merendahkan kehebatan lelaki tetapi jika di cari pengalaman-pengalaman yang berada di dalam memori otak aku,, lelaki akan nampak kelemahannya dengan senyuman wanita..
memang tidak semua lelaki begitu dan aku akui.. tetapi aku sering bertanyakan kepada-kepada lelaki-lelaki lain apa alasan nya mereka tertarik dengan wanita ini..?
jawapan yang sungguh pendek,padat dan ringkas ialah senyuman wanita itu mampu tertarik mata hitam mereka...
setelah alasan itu yang di lontarkan aku akan berhenti bertanya soalan seterusnya kerana aku akan berasa geli telinga ini untuk mendengar alasan mereka..
entry sebelum ini pernah aku katakan penilaian,perbuatan dan percakapan yang mampu membuat lelaki tertarik kepada wanita tetapi sebenarnya yang aku ingin sampaikan semasa pandang pertama dengan wanita senyuman mereka yang di perlukan lelaki.. itulah penilaian yang aku selalu gunakan ke atas wanita..
dengan senyuman mereka sahaja aku akan cuba membuat penilaian..
setiap manusia mempunyai berlainan cara.. kerana aku malu untuk memulakan perbicaraan dengan seseorang wanita,, akan aku gunakan cara senyuman mereka sebagai penilaian aku dan baru lah perbuatannya..
aku ingin merasakan nikmat percintaan tetapi aku tidak mempunyai kemahiran dalam memikat wanita dan aku perlukan banyak nasihat daripada wanita-wanita yang berada di bumi ini..
perjalanan hidup aku mengatakan tarik lah minat kau dengan wanita bukan tarik minat kau dengan percintaan kerana insan bernama wanita akan memberikan kau pengalaman dan nasihat yang berguna...
seperti biasa ingin memohon maaf kepada pembaca-pembaca... ini bukan fakta yang aku berikan hanya pengalaman yang menjadi artifak di memori otak aku ini telah aku selongkar...
meniggalkan dengan susun sepuluh jari jika melibatkan perasaan kamu semua...
assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment