Sunday, April 8, 2012

sifat wanita~

di dalam entry ini aku bukan sahaja ingin mengolah tentang sifat wanita tetapi lebih kepada sifat manusia..
dengan lafaz bismillah dan pengalaman yang tidak berapa banyak ini aku ingin meminta sedikit pendapat kepada pihak yang terlibat di dalam entry ini..
masih ada wanita yang memandang harta untuk memilih lelaki pada zaman sekarang..??
masih ada lelaki yang memandang harta untuk memilih wanita pada zaman sekarang..??
soalan ini kalau kita lihat dan dengar seperti zaman dua darjat atau lebih tepat di dalam bahasa kasar nya ialah zaman untuk menjatuhkan seseorang..
seribu keampunan bagi pihak yang terasa.. aku tidak ada niat untuk mengatakan mereka-mereka tetapi perbicaraan ini pada dasar pengalaman aku..
"gemuk-gemuk pun tengok lah kereta dia,, BMW babe" ayat ini berjaya menyentak telinga aku kerana hampir gila untuk mencari definisi ayat ini. "muka tak hensem tapi kereta mewah,, mesti perempuan lekat" satu lagi ayat yang berjaya menyentak telinga aku..
mengapa mesti aset atau harta yang menjadi point untuk perbicaraan ini.? 
aku tidak fikir bahawa BENDA-BENDA itu penting kerana jika seseorang lelaki atau wanita ingin mencari pasangan yang mereka idamkan belum tentu mereka akan dapat dengan keizinan allah...
zaman sekarang memang $$$$ sangat penting tetapi jika lima perkara penting di dalam hidup aku,, akan aku letakkan $$$ itu di tempat ke lima.
setiap kepuasan bukan datang dari $$$ tetapi datang nya pada diri kita bagaimana cara kita berfikir..
aku berani melontarkan satu ayat bahawa orang yang kaya tidak semua perkara mereka kaya dan orang yang susah tidak semua perkara mereka susah kerana DUNIA INI ADIL...!
jadi aku minta pendapat kepada mereka-mereka untuk mengemukakan tentang entry ini..
kerana aku mahu meningkatkan cara pemikiran aku dan ingin menambahkan pengalaman..
mohon dari pihak anda-anda sekalian..
seribu keampunan bagi pihak yang berkecil hati atau memarahi diri ini kerana tidak bermaksud melontarkan ayat-ayat ini kepada anda..
susun sepuluh jari....
assalamualaikum warohmatullahi.....

No comments:

Post a Comment