Monday, April 2, 2012

sungguh merumitkan

bismillahirrahmanirrahim kepada mereka.
sesungguh nya air kopi itu tidak sesuai untuk di campurkan bersama teh kerana ia sungguh pelik... memang boleh jika mereka ingin mencampurkan tetapi rasa nya tidak dapat di terima oleh rongga-rongga perisa...
entry kali ini aku cuba meminta maaf dengan seseorang yang di panggil kawan. mulut ini agak celupar kerana melontarkan perbicaraan soal perasaan dan hati. aku tahu agak menjijikkan apabila telinga kau menerima. memang sama seperti aku. tetapi kisah hari itu aku cuma mahu menguji hati aku untuk mengetahui bagaimana jika hati perempuan di tolak oleh santri idaman nya. selepas kisah itu baru aku tahu rasa nya tetapi aku memang tidak berniat untuk berbicara tentang hati dan perasaan dengan kau sebab aku tahu cara dan karakter kau. aku bukan ingin membuat kau sebagai bahan uji kaji seperti saintis tetapi aku ingin menguji diri aku. kau hanya sebagai pelakon. memang betul kata mereka air nescafe hanya boleh di campurkan dengan air milo sahaja. jika kopi itu di campurkan dengan teh aku rasa air itu akan aku buangkan. sekarang baru aku tahu bagaimana hati perempuan selepas di tolak oleh santri mereka kerana aku telah mengkaji menggunakan diri aku bersama kau pelakonnya. betul lah kata mereka lagi "bukan masa tetapi masa itu yang bukan-bukan" seperti kau di maki kerana perbicaraan dan kajian kau itu tidak kena pada waktu yang betul. sekarang aku telah hilang seorang kawan yang berjiwa seperti beruang badan seperti tupai. jika kau termasuk di entry ini harapan aku dapat di pertimbangkan kesilapan dan salah faham ini.
assalamualaikum pemerhati,pengkaji dan pembaca sekalian.

4 comments: