Friday, June 22, 2012

Suapan Beracun









mungkin agak sukar untuk aku mengolah tajuk ini.. tetapi aku cuba.. berdasarkan tajuk di atas ia boleh di kategorikan sebagai RASUAH... yaaa sekarang ramai yang mengambil rasuah untuk mencari gaji sampingan..
kalau tengah terdesak macam-macam kepala fikir.. betul.. benda ini pernah terjadi pada diri aku sendiri.. kita tidak akan terfikir pada keburukan melainkan kita berfikir keuntungan apa yang kita buat apabila situasi terdesak..
berbalik kepada topik,, punca utama di sini ialah "duit"... kepentingan pada kehidupan masa kini ialah wang atau duit.. banyak pengakuan yang menyatakan "hidup tanpa duit sungguh merumitkan" benar apa yang mereka kata..
aku setuju kerana hidup akan susah tanpa duit.. tetapi aku tidak mengatakan duit ini adalah segala-gala nya kerana tidak semua boleh di beli dengan duit.. aku beranggapan insan yang berfikir duit ini adalah segala-gala nya, mereka akan jatuh/down jika poket mereka kosong melainkan mereka yang tidak berfikir tentang duit adalah segala-gala nya, mereka akan tenang menghadapi masalah itu.. berbagai berita yang menyedihkan dari media massa yang menyatakan gadai maruah kerana wang, bergaduh sesama saudara, bunuh-membunuh...
itu semua berpunca daripada wang..
kuasa wang itu sungguh kuat.. jika kita tidak berhati-hati ia akan memusnahkan hidup kita..
aku hanya menulis dari apa yang aku alami dan pengalaman aku.. aku harap tiada mana-mana pihak yang terasa atau berkecil hati.. jika ada aku susun sepuluh jari mohon keampunan.. jika salah di beri tunjuk ajar..
assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment