Sunday, February 19, 2012

sekali lagi...

mengapa ini sering terjadi kepada diri aku..
aku tidak mampu untuk menghadapi seorang diri..
kembali sebentar hanya untuk di sakiti tetapi mengapa..
salah kah aku pada diri nya...
sungguh besar kah salah aku pada nya...
hal itu telah lama terjadi tetapi di ungkit kembali tanpa misi..
merasakan diri ini sungguh bodoh kerana percaya dengan cinta...
sekali lagi air mata ini mengalir..
sebab engkau!!! wahai cinta...
aku tahu ini ujian dari maha pencipta..
akan aku cuba untuk menghadapi...


----->coretan untuk wanita yang sering mengeluarkan air mata..
----->please wake up for a while supaya dapat merenung sama ada betol atau tidak..
----->aku percaya kamu bole menghadapi nya...

berdesing telinga ini mendengar perkataan cinta atau sayang...

eeeuuuwww...
seperti ada sesuatu yang menggelitik di telinga ini apabila mendengar "b syg kat bby tau,so sweet,syg tau kan yg b cinta syg sorang je" yyyaarkk!! geli-geli je telinga ni... more important im not gay..
aku bukan nya tak berminat cinta ni tapi hahahaa di sebabkan oleh seorang perempuan yang pernah bagi janji-janji bodoh dia tuh dekat aku then susah aku ingin percaya kehadiran cinta itu.. agak menggelikan apabila terbayang wajah wanita itu... kalau dari awal dia nak game aku memang awal-awal aku dah angkat kaki..
janji macam-macam janji tapi tidak pasti...
sudah lah... malas nak taip banyak-banyak..
assalamualaikum...

Saturday, February 18, 2012

mungkin itu tapi bukan

couple..??
cerita yang paling membosankan... tidak semua yang menganggap itu adalah perkara yang "LAME"(membosankan).. tetapi bagi aku its really2 bosan dan aku tidak berminat untuk mengambil tahu..
kenapa..?
sebab bagi aku couple ini fungsi nya adalah sama!!
yang lain adalah bagaimana jalan cerita nya bermula.. sebab tidak semua manusia di muka bumi ini kebanyakkan nya sama jalan cerita nya semasa jatuh cinta...
fungsi sama..??
ok mengapa mesti aku berbicara demikian.. sebab fungsi nya adalah lelaki dan perempuan jatuh cinta thats why di panggil couple.. duduk bersama kawan kemudian kamu terdengar perbualan antara kawan kamu dengan panggilan sayang,abang,B,baby,mama,papa or whatever... eeeuuuuwww berdesingg telinga... when kamu dengar dengan panggilan2 itu secara automatik kamu menganggap mereka couple right...
jalan cerita semasa bercinta..??
ok ini maksud aku adalah cara kamu memikat gadis atau cara kamu mengambil hati gadis or lelaki dengan cara yang berbeza sehingga mereka tidak dapat melupakan cerita kamu..
itu amat,amat,amat di hargai oleh pasangan kamu..
kalau kita imbas di mukabuku atau twitter itu kamu akan lihat ramai yang bergaduh dan status putus...
bagi aku adalah jalan cerita mereka tidak cukup kuat untuk di hargai oleh pasangan mereka..
kebaikan di sini adalah bercinta selepas kahwin itu adalah amat bagus kerana kita boleh membuat jalan cerita kita yang amat di hargai..ini semua adalah pendapat pada diriku..
mohon kemaafan jika menyakitkan hati mana2 pihak..
assalamualaikum pembaca yang di rahmati....

Thursday, February 16, 2012

memang itu cinta...

wahai si pembaca dan penaip yang hebat...
semoga penyakit tidak menghalang segala urusan kamu..
kisah ini di taip hanya untuk berkongsi...
kisah aku yang susah untuk percaya yang cinta itu datang lagi pada diri aku...
tetapi aku cuba untuk menerima cinta itu..
bagaimanapun memang susah lah..
yela sebab kecewa kan..
bodoh kan kalau sekali dengar yang lelaki ini pernah di kecewakan..
usually perempuan je yang biasa kita dengar pasal kecewa dengan cinta ni..
kalau tengok di facebook,twiter or more site dekat laman social ni..
biasa perempuan tetapi aku tidak berkata yang perempuan itu lemah..
seandai nya selepas aku di kecewakan baru aku mengerti yang perempuan itu memang mempunyai kekuatan..
akan aku seluttt kat perempuan mulai hari ini..
aku sungguh menghargai perempaun kerana itu suatu ciptaan yang paling berharga...
dia mampu membawa kita ke syurga..
ingat lah wahai jejaka atau lelaki2 hargai lah maruah pasangan kamu kerana jika dia yang menjadi isteri kamu mungkin dia boleh membawa kamu ke syurga...
simpan rahsia seorang wanita kerana mungkin itu boleh mengaibkan mereka..
jika wanita itu sedih jaga lah dia sebaik mungkin kerana mungkin anda lelaki yang dia inginkan supaya sentiasa bersama mereka...
kerana mereka wanita~~

Tuesday, February 14, 2012

bersandar di tiang, melihat ke bulan...

mengukir setiap senyuman..
hanya sekadar mendengar bisikan..
pada setiap seruan...
amat bermakna apabila bersendirian..
aku tidak akan lupa pada perjajian..
yang di lahirkan untuk menjadi seorang insan..
mesti ada kelebihan dan kelemahan..
setiap detik di dalam penglihatan..
setiap detik di dalam percakapan..
setiap detik di dalam perbuatan..
itulah yang di namakan pengalaman..
sentiasa tidak lupa akan suruhan tuhan..
sentiasa mengamalkan ajaran tuhan..
sentiasa sabar menjalani ujian..
kerana ia menguji kesabaran...







------> ketaatan ku hanya pada yang satu. hanya ALLAH tuhanku!


Sunday, February 12, 2012

L.O.V.E_G.A.M.E (READ UNTIL FINISH PLEASE)

memerlukan 2 org pemain tetap..
dan seorang pemain reserve..
2 pemain lelaki dan seorang perempuan..

syarat-syarat permainan
-pemain mestilah sepadan
-cantik di mata lelaki (pemain tetap)
-beragama islam
-waras (tidak gila)
-boleh bercakap

permainan akan bermula:
          si lelaki (pemain tetap) yang sudah beberapa tahun membujang. tiada wanita yang dapat menarik penglihatannya dan hati nya. Sehingga bermulanya satu hari sedang menunggu rakanya di kedai makan. Terpandang senyuman yang sungguh menarik dan hati nya begitu kosong apabila melihat senyuman gadis tersebut. Dengan niat ingin mengenali wanita dengan lebih rapat. Mula mengatur usaha untuk mendapat perempuan tersebut. Mencari maklumat tersebut di sesawang internet namun tidak di jumpai. Tekad untuk bertanya rakan kepada wanita tersebut. Dengan perasaan tidak malu di tanya nya kepada rakan si wanita itu hanya memberitahu nama wanita itu. Hanya mendapat nama tidak memadai, namun lelaki itu hanya mampu bersabar. Setelah seminggu wanita itu tidak kelihatan, tiba2 wanita itu lalu di hadapan lelaki (pemain tetap) tersebut.
Lelaki tersebut secara tidak sengaja memberi senyuman kepada wanita itu namun  hasil nya amat mengejutkan apabila senyuman nya di balas dengan ikhlas.
         Lelaki tersebut terus mengejar wanita tersebut dan ingin meminta nombor telefon namun tanpa jawapan. Kemudian di mintan nya fb hanya senyuman yang di berikan kepada lelaki itu. Akhirnya wanita tersebut melemparkan kertas yang baru di tulis iaitu e-mail fb nya. Tanpa berlengah,, lelaki tersebut terus menghantar pemintaan sebagai rakan kepada wanita itu melalui fb. Di lihat nya info wanita itu "SINGLE". Petanda yang amat baik. Setelah seminggu berborak di dalam fb dan membalas senyuman apabila berselisih kemudiaan mengambil keputusan ingin berjumpa.
        Maka bermula permainan L.O.V.E... Ombak menjadi saksi dengan perbualan mereka. Lelaki tersebut perlu cara yang berbeza untuk memikat wanita itu. Berbagai perjanjian telah di cipta. Laut dan angin telah menjadi saksi. Wanita tersebut telah tertarik kepada lelaki (pemain tetap) itu. Mengambil keputusan untuk hidup bersama dan wanita itu terima. Keriangan hati lelaki itu tidak terkata. Hanya mampu bersyukur.
berlalu 3 hari declaire sebagai couple dan sentiasa bersama.
        Bermula babak lelaki (reserve) apabila melihat wanita yang kelihatan begitu cantik sekali. Lelaki (reserve) itu ialah kawan kepada abg wanita tersebut, maka lebih senang la krja nya untuk memikat hati wanita itu. Berbagai strategi  telah di kumpul untuk memikat wanita itu kerana lelaki (reserve) itu bole menggunakan abg wanita itu sebagai strategi nya. Mudah! semua berjalan dengan lancar dan tanpa ada sedikit pun strategi yang di rancang rosak. Lelaki (pemain tetap) mula berasa pelik kerana banyak alasan apabila mengajak keluar,pegi makan,gathering and all. Tetapi lelaki itu hanya mampu berdoa kepada maha pencipta-NYA supaya di beri petunjuk. Petang yang agak membosankan dan lelaki (pemain tetap) mengambil keputusan untuk spend time bersama geng2 nya.
      Tidak sampai 5minit jejak kaki nya di pantai  bersama geng2 nya,, tiba2 sebuah motosikal lalu dengan penuggangnya seorang lelaki dan seorang wanita. Wanita yang amat di kenali lelaki (pemain tetap) itu.
Wanita tersebut kelihatan terkejut apabila melihat lelaki (pemain tetap) itu. Namun lelaki (reserve) buat2 tiada apa2 yang berlaku. Lelaki (pemain tetap) itu memberi senyuman kepada wanita tersebut, namun wanita itu terus berpaling muka nya ke tempat lain. Pelbagai alasan yang di hantar kepada lelaki (pemain tetap) itu namun setiap kali lelaki itu mendapat mesej nya lelaki itu hanya membalas ":)" *smiley face. Dan akhir nya lelaki tersebut agak rimas dan terus menghantar mesej "saya lepaskan awak pergi, saya gembira kalau awak gembira dengan orang lain sebab saya dah tak mampu gembirakan hati awak lagi, awak pegilah kat dia k.. saya tak larang pun.. ouh about ptg tadi yg terjadi aggap je saya tak nampak.. assalamualaikum.." Perasaan lelaki (pemain tetap) itu terasa lega apabila meluahkan segala nya.
      Selepas kejadian itu bermula lah babak tackle antara lelaki (reserve) dan wanita tersebut. Sungguh bahagia hati perempuan tersebut mendapat lelaki yang berharta dan mempunyai rupa yang wanita tersebut inginkan. Sekarang lelaki (pemain tetap) itu berasa sunyi kembali namun dia masih ada cinta nya yang amat kuat di antara dia dan ALLAH S.W.T. Kerana ALLAH saja yang maha mengetahui. ALAHMDULILLAH....
      Sungguh kejam L.O.V.E_G.A.M.E ini jika sesiapa tidak berhati2 bukan saja perasaan remuk malah maruah juga bole tergadai. Ingatlah wahai wanita baikpun lelaki,, jagalah perkara yang di larang oleh ALLAH.
Berfikir sebelum memilih pasangan.


------------> cerita ini adalah kisah benar dan tiada rekaan walau sedikit pun cuma di pendekkan sahaja..
------------> bukan niat untuk mengaibkan wanita tersebut atau lelaki (reserve) itu, tetapi hanya mengingatkan diri sendiri.
------------> entry sebelum ni iaitu "HANCUR LA WUJUD NYA PIHAK KETIGA" itu adalah peristiwa yang sama di dalam entry ini tetapi entry sebelum ni hanya menggunakan kata2 kiasan..


assalamualaikum the reader.....



PEMAIN TETAP
(Muhamad Andzar)

*wanita dan lelaki (reserve) tiada gambar kerana tidak ingin mengaibkan mereka....
sekian terima kasih...

bermula nya kenangan...




haaaaaa sebelum ni aku tk pernah lagi update entry psal geng aku..
ok kali ni aku nk update..
poyo.????
pegi la "M"
sape yg aggap poyo tu they is "shitt talker"
MULUT SERUPA TAHI!!
sbenarnya ni geng tetap aku..
hahahaha
yang bole masuk kepala...
ni budak kolej aku or lbih tepat geng rapat..
mmg giler2 pnye org..
kami ialah penghafal skrip cerita komedi..
hahahhaha
itu la KAMI...
sbenar nye byk gmbar aku mlas nk ltak byk2...
then aku just edit bgi padat..
so thats all.....
:)

Thursday, February 9, 2012

Dugaan Si Wanita

hilang seorang yang di sayangi..
menjadikan hidup lebih bermakna...
keriangan dan kegembiraan bersama rakan...
tidak di hiraukan masalah lelaki...

keriangan itu hilang seketika...
seorang wanita datang di dalam hidup nya..
berbagai cacian yang di dapat..
tidak mengerti kesalahannya..

beribu fitnah yang di sembur kepadanya..
kemarahan itu datang secara tiba2..
namun kesabaran menemani nya...
anggap bagaikan si anjing yang menyalak..

mengambil keputusan mendakati maha pencipta-NYA..
akhirnya perasaan kembali tenang..
sekarang mengambil keputusan hanya membiarkan wanita tersebut..
sememangnya perasaan terhadap lelaki tersebut sudah hilang..




----->Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati    orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan...


---->
Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
org tade akal je yg suka maki org dgn melulu..


---->
bercakap berdasarkan bukti lebih baik dari bercakap secara melulu tanpa tahu perkara sebenar...

---->
kesabaran manusia ada batasnya..



kata2 ini amat berguna untuk dirinya...
teruskan hidupmu wahai wanita kerana allah sentiasa berada di sisi orang teraniya...

assalamualaikum.......

Sunday, February 5, 2012

miserable at best.....

salah ke aku nk amik berat pasal ko..?
aku tk nak pape pn dari ko... just aku nk jaga ko as a friend..
thats all.... ye mmg smue bnde ko buat ko tk ptot bgtau aku...
tpi aku tkot bnda yg tak baek berlaku kt ko.. aku just nk jdi mmbe trbaek je...
sorry to say aku kcewa la ko ckp mcam tu... tk pela just take it easy...
aku just nk jdi mmbe terbaik utk ko je...
terima kasih.....

Friday, February 3, 2012

k.a.w.a.n

K= kau
A= adalah
W= wanita
A= antara
N= naluri


meluahkan banyak masalah kepada dia...
menjadi pendengar yang baik adalah dia...
tetapi perasaan ini tidak tertarik dengan diri nya..
hanya sebagai seorang kawan..
yang menjadi peneman berbual...
tempat mengadu...
dan mencari kegembiraan dengan kau...
itu lah kawan...
kawan pertama yang mampu membuat diri ini kembali semangat...
terima kasih kawan...

perhubungan ini sangat di hargai...
credit to someone.........

^_~

hancur la wujud nya pihak ke tiga

memantau muka si gadis semasa haling perjumpaan nye...
si jejaka idaman nya yg berada di sebelah tidak di ambil kisah..
isyarat demi isyarat di lakukan oleh si pihak...
si jejaka mula terperasaan tetapi tidak menegur kerana menjaga hati..
kerana sayang...???

tegur menegur kembali di page biru...
dengan IM membantu si pihak tersebut untuk mendapat gadis..
tanpa rasa bersalah si gadis itu melayan...
kerana sayang..???

menjadi tanda tanya kepada si jejaka...
perangai si gadis yang berubah begitu mendadak...
ingin berjumpa membentangkan seribu alasan...
kesabaran nya di uji..
namun di hadapi dengan tenang...
kerana sayang..???

lama tidak bertemu ingin bertemu...
tetapi seperti biasa melempar berjuta alasan...
si jejaka hadapi sekali lagi dengan tenang...
sehingga di marahi oleh si gadis...
kerana sayang..???

berdoa si jejeka kepada maha pencpta-NYA..
jika sampai di sini hubungan engkau tunjuk kan lah...
petang itu juga di tunjukkan oleh maha pencipta...
satu situasi tidak di duga...
di depan mata ia berlaku hanya mampu tersenyum...
tersenyum kerana maha pencipta telah makbulkan doanya...
si gadis rasa bersalah namun di beri kata putus...
si jejaka memberikan kata terima kasih...
kerana sayang..????
bukan kerana itu pilihan si gadis...

"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik."
"dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat"
dunia penuh keadilan kerana maha pencipta yang maha adil...