Saturday, March 17, 2012

cuma itu yang ku pilih...

si pengalaman itu mengolahkan cerita

kehadiran cerita ini sememang nya sangat behubung kait dengan aku..
hanya santapan untuk anda-anda semua....
cerita ini di berikan tajuk "perbezaan antara fakta dan pengalaman" cerita ini sering di angkat oleh remaja-remaja yang akan ke dunia pekerjaan,perkahwinan dan banyak lagi tetapi yang aku tahu sebab utama nya ialah lebih membuatkan diri kita menjadi matang.. mesej yang ingin aku sampaikan ialah di dalam cerita ini melibatkan beberapa pihak yang hidup nya berdasarkan fakta dan pengalaman... hidup seseorang fakta,,, mereka hidup berdasarkan akikel,internet maklumat-maklumat dunia dan mereka hanya mampu membayangkan sahaja dan akan menyampaikan kepada masyarakat-masyarakat.. tetapi berbanding dengan seseorang yang hidup berdasarkan pengalaman ini mereka hidup dengan menggunakan apa yang mereka buat,apa yang mereka alami dan bukan setakat dapat membayangkan, mereka juga dapat merasai peristiwa-peristiwa yang susah untuk mereka lupakan..kelihatannya aku ingin memanjangkan cerita percintaan bukan..? kali ini bukan masalah cinta atau sayang yang akan aku olah kan.. seorang pembaca setia aku mulut nya tidak duduk diam kerana bosan membaca artikel aku mengenai cinta.. wal hal ade mesej yang tersirat di setiap entry aku tetapi malang nya dia tidak berjaya untuk menghabiskan bacaan nya.. tetapi kali ini di sebabkan dia aku akan cuba mengolah cerita tanpa tentang cinta.. aku ingin melihat sama ada dia berjaya atau tidak... mari kita berbalik kepada point utama... aku suka menghabiskan masa bersama orang yang berpengalaman kerana mereka boleh membuatkan aku berfikir secara jauh dan berfikir secara terbuka.. aku tidak mengatakan bahawa hidup berdasarkan fakta itu salah tetapi bagi aku hidup berdasarkan fakta itu amat membosankan kerana tidak semua manusia yang minat membaca tentang fakta mereka lebih suka mendengar.. jadi aku fikir kita boleh mendengar tetapi lebih baik mendengar daripada orang yang berpengalaman... kadang kala orang yang memberitahu tentang fakta-fakta ini tidak semua fakta itu betul..
apabila seseorang yang membawa fakta untuk menceritakan kepada orang lain fakta itu akan berubah apabila ia bertukar pihak..
dan di dalam situasi ini aku akan memberikan bayangan kepada anda-anda semua...
dua pihak yang hidup berdasarkan fakta dan pengalaman duduk di satu meja... datang nya seseorang yang ingin tahu tentang sesuatu.. pelbagai persoalan yang di ajukan oleh si fakta tadi tetapi si fakta itu hanya mampu berikan jawapan dengan bayangan yang tidak memuaskan pada seseorang itu tadi.. apabila si pengalaman mula bersuara seseorang yang bertanya itu tadi mula tergamam kerana dia telah di berikan satu bayangan yang cukup sempurna dan lengkap...

-------> point utama yang ingin aku sampaikan ialah yang paling hebat di dalam situasi ini adalah seseorang yang bertanya itu tadi kerana dalam satu masa dia telah mendapat satu fakta dan banyak pengalaman dan bayangan yang sempurna...
ini cuma cerita aku yang berdasarkan pengalaman aku terpulang kepada mereka yang ingin percaya...
mohon maaf dari pihak aku kepada anda-anda semua...
assalamualaikum..

Friday, March 16, 2012

itu semua cerita mereka bahalol!!

rumor!!


aku cukup pantang manusia yang suka menyelit hal orang lain seperti ingin berkongsi kaki wal hal mereka tidak tempang.. adakah berdosa jika kau tidak melibatkan diri dalam hal orang.. tidak bukan... boleh jika kau mahu melibatkan diri tetapi jangan kau marah kepada mereka yang memberika cerita-cerita kau kepada angin untuk sampaikan khabar kau..(rumor)
kau jaga ibu kau dan aku jaga ibu aku..
seperti ayam bertelur,, kau buka cerita bagaikan satu kampung kau ingin gemparkan cerita-cerita mereka padahal cerita-cerita mereka itu boleh mengaibkan... tetapi kau tidak ketepikan perasaan mereka kerana kau ingin mengambil populariti dengan menjual cerita-cerita mereka...
berfikir lah bahalol! kau seperti pemimpin yang akan menghancurkan negara sendiri..
silap-silap haribulan dengan diri kau akan ke kubur...
kalau kau baik seperti imam sekali pun mereka tidak akan hormat pada kau kerana sikap kau yang sepeti umang-umang yang hidup bergantung pada cangkerang yang di kutip... perasaan mereka akan turun naik apabila mulut kau bekerja..
kau buat penilaian pada diri kau dan bukan pada diri mereka...
santapan ini tiada kena-mengena dengan mereka atau sesiapa hanya renungan..
assalamualaikum..

Thursday, March 15, 2012

aku bukan mengalah tetapi masih belum berjaya....

melihat dua insan itu sungguh menyeronokkan.. hanya mampu memasang niat sahaja..
ramai rakan sebaya bertanya tentang soalan yang aku tidak berminat untuk menjawab...
contoh soalan-soalan mereka:
-kenapa kau tak couple.?
-cantik tak perempuan tu.?
-engkau nak perempuan macam mana.?

seperti malas untuk mengingati kembali soalan-soalan itu... kerana tidak mahu tangan ini terberhenti sendiri untuk menaip...
itu lah soalan-soalan mereka yang pernah di tujukan.. aku ini seseorang yang tidak suka meluahkan dan berkongsi masalah di depan kawan-kawan..aku hanya berkongsi dengan orangorang terpilih..
 jika aku tertarik kepada seorang wanita itu akan aku simpan dan membuat penilaian terlebih dahulu..
jika penilaian itu ternyata keputusannya 70% ke atas akan aku mulakan perbicaraan ini bersama rakan.. diri aku seperti hot stuff bukan..?? aku bukan hot stuff tetapi penilaian harus di buat seperti ingin menjawab soalan  spm.. mereka sanggup memerah otak untuk mendapatkan jawapan yang tepat.. ia sama seperti aku..
perkara yang paling penting,, aku tidak pandai menarik hati wanita... minta maaf... ramai rakan mengatakan aku seperti mengalah mahu bercinta... kesilapan yang teramat besar mereka lontarkan fakta di situ.. aku bukan mengalah tetapi aku masih belum berjaya berjumpa dengan wanita yang aku idamkan... sekarang memang ada tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan.. pernah ambil keputusan untuk meluahkan tetapi takut tanpa pertimbangan terus di tolak... mungkin aku perlu sabar dulu... inginkan satu kejayaan dan kemenangan yang besar engkau perlu ada kesabaran setinggi gunung.. seperti awan nano yang berada di langit itu kecil tetapi masih mampu menyiram air di bumi yang engkau pijak ini..
aku hanya berkongsi pengalaman dan kisah hidup aku yang tidak menarik ini...
mohon maaf jika engkau-engkau tidak tertarik atau menimbulkan kemarahan semasa membaca..... hanya ini santapan malam yang aku ada di dalam otak...
assalamualaikum

Wednesday, March 14, 2012

permainan patrick dan spongebob sentiasa kelihatan bodoh!!

satu permainan telah di umumkan dengan menggunakan kemahiran sendiri tidak kira apa cara sekalipun mencuba untuk memikat wanita itu... hadiah kemenangan adalah yang kalah harus memberi barang paling berharga yang engkau ada..
sungguh kejam cara permainan engkau wahai manusia.. tidak sanggup untuk aku ikut cara permainan engkau ini..
boleh membuatkan hati wanita itu rebah... aku akui kemahiran aku di dalam percintaan memang tidak banyak,, memang aku tiada ciri-ciri yang perempuan inginkan tetapi mesti ingat jika ini lah cara engkau untuk memikat perempuan tidak sesekali aku akan meneruskan permainan engkau.. kelihatan seperti span kuning yang bodoh duduk di dalam air tetapi tidak boleh mandi.. aku tidak ketagih pada kasih sayang seorang wanita... jika engkau ingin kan wanita itu,, berkawan dengan memulakan cara baik.. andai engkau teruskan permainan ini suatu hari engkau pasti di balas.. dendam wanita sungguh dalam...
santapan untuk nasihat...
satu ciri kebodohan lelaki....
assalamualaikum...

seperti sang keldai yang membabi buta mengikut perintah...




isu ini menjadi santapan seterusnya

mata aku fokus di hadapan skrin putih dalam beberapa minit untuk berfikir tentang sesuatu... dalam beberapa jam mengalir satu perbicaraan tentang perjanjian di dalam kepala aku membuat jari ini untuk menekan button blogger...
mungkin sesetengah manusia yang masih berpijak di bumi ini menganggap janji itu seperti memuat gambar di facebook dan apabila kelihatan hodoh mereka akan membuang kembali...
itu bukan cara aku.... engkau berani mencipta satu perjanjian dan engkau tidak mematuhi nya,, apabila situasi ini berlaku engkau telah menunjukkan kebodohan engkau seperti tentera yang berpatah balik di medan perang..
perkara ini selalu aku angkat di carta pertama dalam hidup aku... kerana jika mereka tidak berani menjalankan perjanjian mereka secara automatik telah menyakitkan hati sebelah pihak... perjanjian kecil itu selalu akan menjadi alasan kepada pengingkar tetapi apabila mereka tidak dapat menawan yang kecil itu perkara yang besar akan melambai mereka sambil berkata "selamat tinggal pengingkar"
jadi, sekecil mana perjanjian yang mereka hadapi perlu di titik beratkan seperti ibu yang tekun membasuh beras sambil mencari ulat-ulat di dalam nya..
separuh karakter yang selalu berjanji dengan alasan untuk menyedapkan hati.. kemudiannya mereka akan menekan button 'delete' untuk di buang dari fikiran bodoh mereka seperti perjanjian itu hanya lah sarungan cincin semasa upacara nikah..
kebodohan mereka menyebabkan maruah mereka yang di sarung di kaki untuk melindungi kaki semasa berjalan...
memang tidak semua insan begitu tetapi hampir semua begitu...
jadi santapan ini hanya untuk renungan untuk kamu pernah atau tidak menjadi pengingkar...
aku tidak mahu menyakitkan hati mana-mana pihak tetapi ini cerita berdasarkan pengalaman diri aku...
insan tidak akan terlepas dari segala kesalahan...
maaf jika membuatkan kemarahan kamu semua berada di tahap teratas semasa membaca...
susun sepuluh jari di letakkan di skrin putih ini memohon maaf....
assalamualaikum...

terjadi insan bernama wanita

dengan satu kit kat yang telah aku habiskan mampu memberikan aku satu idea seperti halilintar yang bermain di kepala ini semasa melihat seorang insan yang berjalan di hadapan aku..
kit kat dan insan itu telah memberikan aku inspirasi untuk memberikan santapan seterusnya untuk kamu semua...
insan itu bernama wanita... tidak salah lagi itu adalah wanita.. mereka semua mampu memberikan hidup para-para lelaki di bumi ini kebahagian.. kehebatan wanita tidak tertanding berbanding lelaki jika kita lihat dari segi senyuman mereka yang di berikan..
aku bukan merendahkan kehebatan lelaki tetapi jika di cari pengalaman-pengalaman yang berada di dalam memori otak aku,, lelaki akan nampak kelemahannya dengan senyuman wanita..
memang tidak semua lelaki begitu dan aku akui.. tetapi aku sering bertanyakan kepada-kepada lelaki-lelaki lain apa alasan nya mereka tertarik dengan wanita ini..?
jawapan yang sungguh pendek,padat dan ringkas ialah senyuman wanita itu mampu tertarik mata hitam mereka...
setelah alasan itu yang di lontarkan aku akan berhenti bertanya soalan seterusnya kerana aku akan berasa geli telinga ini untuk mendengar alasan mereka..
entry sebelum ini pernah aku katakan penilaian,perbuatan dan percakapan yang mampu membuat lelaki tertarik kepada wanita tetapi sebenarnya yang aku ingin sampaikan semasa pandang pertama dengan wanita senyuman mereka yang di perlukan lelaki.. itulah penilaian yang aku selalu gunakan ke atas wanita..
dengan senyuman mereka sahaja aku akan cuba membuat penilaian..
setiap manusia mempunyai berlainan cara.. kerana aku malu untuk memulakan perbicaraan dengan seseorang wanita,, akan aku gunakan cara senyuman mereka sebagai penilaian aku dan baru lah perbuatannya..
aku ingin merasakan nikmat percintaan tetapi aku tidak mempunyai kemahiran dalam memikat wanita dan aku perlukan banyak nasihat daripada wanita-wanita yang berada di bumi ini..
perjalanan hidup aku mengatakan tarik lah minat kau dengan wanita bukan tarik minat kau dengan percintaan kerana insan bernama wanita akan memberikan kau pengalaman dan nasihat yang berguna...
seperti biasa ingin memohon maaf kepada pembaca-pembaca... ini bukan fakta yang aku berikan hanya pengalaman yang menjadi artifak di memori otak aku ini telah aku selongkar...
meniggalkan dengan susun sepuluh jari jika melibatkan perasaan kamu semua...
assalamualaikum...

Monday, March 12, 2012

DARA yang satu itu akan di junjung akhir nya rebah kembali

gambar hiasan semata-mata
gambar hiasan semata-mata


memulakan perbicaraan dengan lafaz bismillah dan assalamualaikum...
seteguk air permulaan menekan button kekunci..
aku ingin mengolah tentang pergerakkan masa kini...
iaitu DARA....
mukaddimah isu ini aku berikan tentang pendapat wanita kebanyakkannya pada pergerakkan masa kini sering melontarkan ayat-ayat seperti "wanita yang bertudung itu tidak semua yang baik" dan wanita yang tidak bertudung itu tidak semua jahat dan mereka masih sembah kepada yang esa..
memang kebenaran itu mempunyai bukti kerana wanita lebih mengetahui dalam hal-hal begini tetapi bagi aku wanita yang tidak berdara dan jahat masih lagi bertudung mereka masih mengikut perintah penciptan-NYA dan wanita tidak bertudung itu nampak baik tetapi hakikat nya mereka tidak mengikut perintah pencipta-NYA....
aku bukan seorang pencerita yang hebat tetapi ingin berkongsi dan mahukan ulasan atau pendapat lebih pakar tentang perkara-perkara ini...
apabila topik dara telah di naikkan sebagai carta teratas maka tidak lari dan berhubung rapat bersama insan bernama "wanita"..
pertanyaan lelaki kebanyakkan akan menjadikan isu ini sebagai buku yang penting bagi mereka tetapi aku tidak akan sesekali memandang kepada isu ini dan aku hanya mampu mendengar dan tidak akan aku bagi feedback kepada mereka-mereka kerana berlainan dengan pendapat aku....
dara sesungguhnya amat penting dan lebih tepat lagi ialah "maruah wanita"
tetapi tidak semestinya maruah wanita terletak pada dara.. penilaian,perbuatan dan percakapan seseorang yang bergelar wanita akan aku ketengahkan..
dara itu akan menjadi isu kedua bagi aku..
kerana setiap perbuatan,percakapan dan penilaian seseorang wanita harus di jaga...
pandangan aku yang pertama sekali apabila menilai seseorang wanita dengan percakapannya,perbutannya dan akhir sekali penilaiannya..
wajarkah pertanyaan lelaki apabila mengetengahkan isu dara ini kepada seseorang wanita.?
agak keterlaluan apabila soalan dara ini di tanyakan kepada kaum si hawa...
sesungguh nya mereka masih mempunyai dara tetapi apabila soalan itu di ajukan mereka akan membuat penilaian kepada lelaki iu sebagai "KURANG AJAR"
apabila soalan tiada hormat itu di ajukan kepada wanita yang tidak mempunyai dara mereka akan rebah apabila mendengar soalan seperti itu..
pengalaman diriku apabila mendengar kata-kata orang.... seseorang wanita yang tiada dara akibat berzina atau tidak sengaja dengan kehilangannya pada satu situasi..
kehilangan dara akibat berzina memang keji tetapi apabila mereka telah bertaubat masih lagi ia kelihatan keji di mata makhluk tetapi tidak semua..
kehilangan tidak sengaja pada satu situasi contohnya seseorang perempuan yang lasak..
pertanyaan yang sering di aju kepada lelaki apabila seseorang wanita melontar satu ayat....
"awak tidak berasa malu jika saya ini bekas orang"?
3 ciri-ciri lelaki apabila menjawab soalan ini..
ciri pertama mereka akan menjawab dengan jawapan yang negativ dan sehinggakan ada yang sanggup mengherdik wanita tersebut..
ciri kedua akan cuba melontarkan jawapan yang dapat menyedapkan hati wanita tetapi dalam masa yang sama mencari jalan untuk meninggalkan wanita..
ciri yang ketiga aku sangat suka dengan lontaran jawapan seseorang lelaki di dalam ciri ini selepas mendapat tahu wanita tersebut mampu memberitahu tentang perkara itu dan dia hanya kebingungan kerana wanita itu tidak rasa bersalah dan lelaki ini juga kebarangkalian akan mengendahkan perkara itu kerana cinta atau kasih sayang itu boleh menerima perkara yang buruk antara kedua pihak..
mungkin banyak lagi ciri-ciri tetapi aku belum mengkaji sehabis nya..
jadi kesimpulan yang aku mampu berikan di dalam isu ini ialah wanita yang tidak berdara itu masih mulia pada pandangan lelaki yang terpilih..
jika aku dan topik ini telah memberikan kemarahan sesuatu pihak aku memohon maaf dan menyusun kedua belah tangan... harap maafku diterima...
hanya sampai di sini sahaja ulasan yang mampu aku berkian untuk tatapan kamu semua...
assalamualaikum......