Sunday, April 8, 2012

sifat wanita~

di dalam entry ini aku bukan sahaja ingin mengolah tentang sifat wanita tetapi lebih kepada sifat manusia..
dengan lafaz bismillah dan pengalaman yang tidak berapa banyak ini aku ingin meminta sedikit pendapat kepada pihak yang terlibat di dalam entry ini..
masih ada wanita yang memandang harta untuk memilih lelaki pada zaman sekarang..??
masih ada lelaki yang memandang harta untuk memilih wanita pada zaman sekarang..??
soalan ini kalau kita lihat dan dengar seperti zaman dua darjat atau lebih tepat di dalam bahasa kasar nya ialah zaman untuk menjatuhkan seseorang..
seribu keampunan bagi pihak yang terasa.. aku tidak ada niat untuk mengatakan mereka-mereka tetapi perbicaraan ini pada dasar pengalaman aku..
"gemuk-gemuk pun tengok lah kereta dia,, BMW babe" ayat ini berjaya menyentak telinga aku kerana hampir gila untuk mencari definisi ayat ini. "muka tak hensem tapi kereta mewah,, mesti perempuan lekat" satu lagi ayat yang berjaya menyentak telinga aku..
mengapa mesti aset atau harta yang menjadi point untuk perbicaraan ini.? 
aku tidak fikir bahawa BENDA-BENDA itu penting kerana jika seseorang lelaki atau wanita ingin mencari pasangan yang mereka idamkan belum tentu mereka akan dapat dengan keizinan allah...
zaman sekarang memang $$$$ sangat penting tetapi jika lima perkara penting di dalam hidup aku,, akan aku letakkan $$$ itu di tempat ke lima.
setiap kepuasan bukan datang dari $$$ tetapi datang nya pada diri kita bagaimana cara kita berfikir..
aku berani melontarkan satu ayat bahawa orang yang kaya tidak semua perkara mereka kaya dan orang yang susah tidak semua perkara mereka susah kerana DUNIA INI ADIL...!
jadi aku minta pendapat kepada mereka-mereka untuk mengemukakan tentang entry ini..
kerana aku mahu meningkatkan cara pemikiran aku dan ingin menambahkan pengalaman..
mohon dari pihak anda-anda sekalian..
seribu keampunan bagi pihak yang berkecil hati atau memarahi diri ini kerana tidak bermaksud melontarkan ayat-ayat ini kepada anda..
susun sepuluh jari....
assalamualaikum warohmatullahi.....

Thursday, April 5, 2012

aku masih ada tuhan

kami berebut untuk menuju ke jalan lurus tetapi mereka..???


ppuuiih! air yang telan aku telah keluar kembali dari rongga anak tekak kerana mendapat satu tawaran yang menarik daripada seorang kawan yang bernada "aku ade perempuan baik (bohsia) untuk kau, kalau kau nak pakai contact aku, untuk member-member je aku bagi" adakah ini yang di katakan hadiah..?? berfikir dua kali semasa aku membaca petikan ini dan aku menggerakkan mata aku untuk membaca sekali lagi sama ada betul atau tidak tawaran ini... genetik-genetik di badan aku mengalir selepas membaca. agak lama untuk aku memberi feedback.. selepas satu penghantaran maklumat yang lengkap sampai di akal aku ini, aku hanya memberikan jawapan "sorry kawan aku masih mempunyai tuhan, yess memang aku jahat tetapi tidak terlintas sehingga mengambil maruah kaum hawa" si kawan hanya membalas "tak pela" sungguh mengecewakan kerana ada yang sanggup menawarkan hadiah yang sebegitu rupa. itu bukan hadiah bahalol! itu adalah salah satu pasport untuk membolehkan diri kau ke neraka. tidak semestinya beragama islam sahaja yang menolak permintaan kau, mereka-mereka yang dari beragama lain akan berfikir hangus-hangus untuk menerima tawaran ini kerana tidak semua yang berfikiran seperti kau. dengan sekelip mata kau telah mengaibkan wanita tersebut. jika kau telah mendapatkan maruah nya janganlah engkau sebarkan cerita wanita tersebut kerana satu saat sahaja kau membuka mulut tentang wanita tersebut, dengan tidak sengaja wanita itu di cop sebagai 'perempuan murahan'.. akan aku berdoa dengan tuhanku supaya kau akan menuju ke jalan betul.
cerita ini hanya rekaan tetapi agak selalu cerita ini melintas di telinga kita.
hargai wanita jika anda benci wanita sekalipun.
kepercayaan mereka tidak akan hilang untuk anda tetapi mereka akan kehilangan kepercayaan kerana anda
berundur dari entry ini dengan mohon maaf dari aku..
assalamualaikum...

Monday, April 2, 2012

sungguh merumitkan

bismillahirrahmanirrahim kepada mereka.
sesungguh nya air kopi itu tidak sesuai untuk di campurkan bersama teh kerana ia sungguh pelik... memang boleh jika mereka ingin mencampurkan tetapi rasa nya tidak dapat di terima oleh rongga-rongga perisa...
entry kali ini aku cuba meminta maaf dengan seseorang yang di panggil kawan. mulut ini agak celupar kerana melontarkan perbicaraan soal perasaan dan hati. aku tahu agak menjijikkan apabila telinga kau menerima. memang sama seperti aku. tetapi kisah hari itu aku cuma mahu menguji hati aku untuk mengetahui bagaimana jika hati perempuan di tolak oleh santri idaman nya. selepas kisah itu baru aku tahu rasa nya tetapi aku memang tidak berniat untuk berbicara tentang hati dan perasaan dengan kau sebab aku tahu cara dan karakter kau. aku bukan ingin membuat kau sebagai bahan uji kaji seperti saintis tetapi aku ingin menguji diri aku. kau hanya sebagai pelakon. memang betul kata mereka air nescafe hanya boleh di campurkan dengan air milo sahaja. jika kopi itu di campurkan dengan teh aku rasa air itu akan aku buangkan. sekarang baru aku tahu bagaimana hati perempuan selepas di tolak oleh santri mereka kerana aku telah mengkaji menggunakan diri aku bersama kau pelakonnya. betul lah kata mereka lagi "bukan masa tetapi masa itu yang bukan-bukan" seperti kau di maki kerana perbicaraan dan kajian kau itu tidak kena pada waktu yang betul. sekarang aku telah hilang seorang kawan yang berjiwa seperti beruang badan seperti tupai. jika kau termasuk di entry ini harapan aku dapat di pertimbangkan kesilapan dan salah faham ini.
assalamualaikum pemerhati,pengkaji dan pembaca sekalian.