Saturday, December 28, 2013

semua sekali di tarik kembali

bila teringat cerita kita dulu-dulu pasti rasa terharu dan malu... itu belum imbasan yang lalu... pasti nya bukan satu... ia mungkin bertalu-talu... terkadang kenangan pahit itu membuat kita menjadi kaku... di sebabkan ada nya kamu aku menjadi seperti hero cerita hantu.... kerana ada nya kamu aku mampu hadapi seolah-olah aku tahu.... walaupun susah aku cuba dulu...

yakini lah pada hati bahawa aku tidak pernah lari daripada memandang kau.... mungkin kau lihat pada diri aku ini terdapat dua jalan... tetapi pada aku jalan pertama aku lalu itu ada diri mu.... dan jalan kedua itu aku lalu aku cuba mengangkat kamu... jalan pertama aku berjanji.... jalan kedua aku tunaikan janji.... mungkin aku tidak mampu menjadi romantik atau sweet seperti hero dalam drama-drama melayu... maafkan aku ya... tapi aku cuba menjadi sweet seperti gula melaka yang sekali kau makan akan kau ingat rasa nya....

kenangan yang kita ada ini kita cuba imbas sebelum tidur.... kenal kau seperti memberi seribu perubahan dalam hidup aku yang tidak terurus ini..tidak mengapa... susah aku dan kau biar di letak dalam fikiran aku... aku hanya mahu kau tersenyum sahaja... senyuman kau itu adalah pahala bagiku... jika kau tersenyum itu bermakna kau suka apa yang aku lakukan..... subahanallah.... aku sayang kau nurul shafiqah binti adwan,,,,



Saturday, December 21, 2013

tersimpul beribu senyuman

tidak pernah kecewa... tidak pernah sedih... tidak pernah terluka... semua yang buruk-buruk itu tidak pernah rasa sejak kenal wanita itu... selalu di layangkan soalan seperti itu... tak bosan ke..?? tak menyesal ke..kalau rasa itu ada, dari awal tidak pandang pun wanita itu.... aku percaya dengan kebesaran ilahi... hanya berdoa semoga perkahwinan awal ini biar di susuri dengan beribu kebahagian dan hikmah nya.... tak pernah pun mengeluh walaupun wanita itu banyak kekurangan... hanya mampu menyimpul senyuman yang beribu supaya wanita itu bahagia... hakikat nya memang aku bahagia dapat hidup bersama wanita yang cantik dan comel... *jangan senyum nanti orang nampak... wanita itu menjadi teman tidurku.. aku bersyukur kepada allah swt yang telah memberikan aku jodoh yang sesuai... teringat zaman dulu kala... rasa seronok bila tengok pengantin kat pelamin... buat kenduri... rasa teringin nak kawin awal tapi tiada wanita pilihan.... walaupun hanya 3 bulan sahaja perkenalan... nak cakap 3 bulan tu tak de rase sayang memang tipu la kan... tak sampai sebulan... 2 minggu je dah rasa selasa kalau dengan wanita itu... rasa senang je... kalau di ingatkan bertemu buat pertama kali nya.... mesti akan ketawa.... *tak sangka pulak abang jodoh sayang... padahal dulu selalu bergadoh.... itu laa jodoh... tula dulu cakap tak suke laaa ape laaa kan,,,, sekarang laki ni laa yang peluk kau tiap malam.... laki ni yang kau benci dulu sampai tanya dengan jiran depan umah yang aku ni ada tak kat umah... kalau ada kau malas nak datang... sekarang tak payah nak datang.. dah duduk sebilik pun....hahaha.... abang harap sayang bahagia hidup dengan abang ye,,, jangan senyum sorang pulak kalau baca ni...hehehe... abang sayang awak nurul.... i love my wife.....

Tuesday, October 29, 2013

Maha Mendengar

satu kejutan yang amat dasyat.. tanpa sedar dan tanpa bersedia doa di makbulkan oleh maha berkuasa.. bersambung pancaindera melalui pendengar dan hati menjadi terharu dengan keputusan bagi kedua belah pihak.. "alhamdulillah" lafaz itu tidak berhenti keluar dari mulut... doa setahun lepas termakbul.. meminta seseorang untuk di jadikan teman.. di hantar oleh maha agung dua orang wanita.. seorang itu telah menjadi kenangan dan seorang lagi menjadi hantaran.. wanita menjadi pilihan sentiasa membuat diri ini tersenyum.. tiada kekecewaan yang ada dalam diri ini semasa bersama nya.. hubungan yang singkat.. di jadikan keputusan untuk kebaikan dan dapat mengelakkan daripada dosa.. akan menjadi bakal suami yang di inginkan.. in shaa allah... biarlah mulut insan berkata keji.. tetapi niat di hati suci.. yang memberi pahala dan dosa itu bukan mereka tetapi allah yang maha esa... alhamdulillah.. segalanya berakhir dengan hubungan yang halal.. aaaammiinn... wanita menjadi tahta dan di angkat maruah nya di tempat yang tinggi di dalam syurga... Nurul Shafiqah Binti Adwan... alhamdulillah...

Sunday, October 20, 2013

Tanpa Mati

terbalik roda dusta menjadi satu kesinambungan apabila satu layanan yang indah di paparkan dengan satu senyuman telah bangkit satu insan yang terlibat dengan satu kisah cinta di dalam hatinya... terpaut satu wajah yang mencetuskan rasa senang apabila bersama... seperti dunia tanpa esok semasa tertentang mata antara mereka... terukir kehausan rasa bahagia apabila satu kisah tua di cabut dari memori akal... tentang rasa sedih yang lama itu di gantikan dengan satu cinta yang besar niat nya... air,air,air mata itu di tadah kerana berharga.. kerana satu jelmaan kenangan bangsat yang dulu rasa bingai apabila di tarik kembali.. kini yang baru bukan yang lama itu... bangkit melawan keana arus rasa cemburu... sungguh, belum bersedia untuk hadapi itu... tundingan itu sering ke diri ini... sekelompok kesilapam datang dari diri... kejahatan sering di rasai... kekesalan itu masih berdiri semasa jatuh si air mata... kita cuba menjadi yang di depan untuk melawan segala yang ada lebih depan untuk menolak kita... si maha kuasa tidak pernah tidur.. luahkan pada-Nya saja... in shaa allah..


*nota

Friday, October 4, 2013

Bukan

Ayat di layangkan dari hati melalui rongga-rongga yang hadir nya rasa rindu.. Bukan.. Bukan benci yang di seru tetapi sayang itu yang di rindu.. Bukan.. Bukan cinta pendek yang di talu tetapi yang kekal itu di tuju.. Aku.,,aku seperti mereka juga manusia yang tidak sempurna.. Aku cuba menjadi yang baik lagi terbaik.. Maaf jika cara ini membuat kan ruang-ruang hati kau koyak.. Tapi niat itu tidak di panggil., ayat kehidupan sering mengingatkan aku pada kau yang sentiasa aku di bangkitkan oleh kau jika aku terduduk.. Biarlah perhentian terakhir adalah di ijab kabul.. Maafkan aku sayang...

Tuesday, October 1, 2013

Nilai harta itu

Bole di difinisikan sebagai "amat bernilai bagi aku walaupun seburuk pada pandangan mereka yang tidak tahu menilai".. Kita manusia bukan haiwan atau si gila yang berada di tepi jalan tanpa daya fikir yang bagus.. Sejauh mana buruk dia aku nampak kecantikkan dia sungguh dekat.. Harta apa yang mereka cari itu penghujung nya adalah rusuk kiri juga yang di beli untuk pelengkap hidup.. Aku tidak sesempurna seperti imam-imam yang kau kenal atau kau tahu.. Akan tetapi in shaa allah yang berada di hadapan kau ketika solat itu adalah lelaki yang tidak sempurna ini.. Ilmuku tidak setinggi iman syafie yang mampu menghafal 30 juz al-quran semasa perjalanannya berhijrah.. Tetapi in shaa allah dengan ilmu yang aku ada ini aku cuba mendorong kau agar kau dapat merasa bau wangian syurga allah.. Harta yang aku ingin beli ini tidak ternilai harga nya... DIA mampu beri aku hampir segala-galanya yang aku mahukan kelak... Dengan lafaz bismillah sebelum "aku terima nikah" dan beserta sujud syukur aku tutupkan untuk upacara lafaz aku.. Seburuk-buruk pandangan mereka terdapat keindahan pada pandangan aku terhadap kau... Terima kasih harta...

(Part 6)



Sunday, September 29, 2013

Kisah nya... (Part 5)

Terlerai satu manifesto faktor yang tersimpan di dalam hati itu sebenar adalah perasaan cinta dan sayang rupa nya.. Bukan mereka tahu apa isi nya.. Tetapi kekeliruan menjadi jutaan tanda tanya, adakah perlu di buka pintu ini untuk nya.. Atau di simpan saja ya..? Ingin di jadikan satu rahsia di carta teratas tetapi dengan kesedihan dan air mata telah melarutkan dakwat hitam di mata.. Di luahkan juga satu genggaman yang tersimpan dalam hati itu.. Tetapi ada suara hitam yang menafikan.. Ingin di bisukan laungan suara itu namun tidak mampu untuk di putarkan sehingga patah.. Jalann terangnya hanya dahi yang di sentuh di lantai.. Dan berserah saja.. Tangan di buka dan halakan ke atas... Hanya maha mengetahui yang mampu memberikan jalannya... Alhamdulillah.. Laungan suara hitam itu hilang.. Telah di buka kunci nya untuk orang yang betul.. Harap yang terakhir ini menjadi ya allah... Senyuman itu mampu memanjangkan semangat ini... Cukup la satu senyuman ini... 

Cukup kau saja tahu ini



Cinta... Biasa lah... Ada gadoh ada baik nya ada sedih ada gembira nya kan... Kelemahan.,, ya sudah la itu memang benar.. Tidak semua manusia yang terbaik semasa bernafas nya... Pernah aku lalu di jalan itu yang pergi nya berdua dan pulang nya seorang... Semasa itu aku cuba tarik nafas sedalam nya,, lalu aku mendongak kan kepala ini ke atas... Subahanallah.. Yang berkelip di awan yang gelap itu sungguh indah sayang.. Ada satu bintang yang aku tertarik kerana kelipan nya laju seperti ia gembira di sana.. Terleka aku memandu.. Aku pandang kembali ia tiada.. Eh! Masih ada.. Kenapa rasa macam gila takut aku kehilangan bintang itu.. Aku bahagia kerana aku ada satu bintang dalam hati yang selalu ada bila aku dalam gelap.. Cukup hanya kau saja tahu... Cinta kau sayang kau... Aku tidak kuat tanpa kau...

Friday, September 27, 2013

Mahal harga nya

Kau! Ramai orang kata jika kehilangan orang yang kita sayang amat menyedihkan yaa..? Bagi aku itu benar tetapi benar-benar aku takut adalah jika aku kehilangan 5 benda ini yang ada pada kau... Senyum,kenangan,ketawa,cinta dan sayang kau itu adalah paling aku takut jika hilang.. Jika kita hilang seseorang kita hanya boleh melupakan tetapi perlu ambil masa.. Jika aku hilang 5 benda ini yaa.. Ma shaa allah.. Allah saja yang tahu.. Sayang kau cinta kau...

Monday, September 23, 2013

Memang itulah rasa nya...

"I need u right now" ok ayat itu mampu buat aku hampir terjatuh kerana dia tidak kuat... "Ini bukan kerja syaitan ini ujian dari tuhan" pesanan ku "sabar wahai hati, aku tahu kau kuat" sayang kamu sungguh dalam.. Yaa aku dapat rasakan itu... Aku tidak pernah rasa sebegini... Mengapa yaa.?? Aku rindu melihat senyum mahal kau.. Aku rindu ingin mendapat lebam di tangan.. Lebam itu telah hilang... Aku rindu kau....

Saturday, September 21, 2013

Ia Bermula

Tiupan angin dengan speaker kecil di dalam telinga.., mahu cerita tentang apa ya..? Cerita tentang di tempat itu.? Ya di hadapan laut di belakang terpacak nya bangunan jam.. Aku masih was-was pada gadis ini.. "Aku tidak mahu berikan apa-apa harapan" tetapi kau tidak perasan yang kau beri itu bukan harapan.. Yang kau beri itu adalah sebuah sayang dan segulung rasa cinta.. Aku tadah tangan untuk menerima nya sebagai anugerah ilahi... "Eh macam ana rafali la" "eh emma maembong pun ade"
Ya serupa... "Otak kau" gelak sakan masa itu.., 

(Part 4)

Friday, September 20, 2013

Tabah dan sabar....

Tabah dan sabar bunyi nya sama bukan.?? Tetapi akan menjadi lain apabila situasi yang sama.. Ya,, aku akui sememang nya kau kuat., tidak semua wanita yang mampu tepis masalah ini., cinta bukan seperti air yang di jemur lalu ia kering., sungguh bahalol mereka melepaskan kau dengan satu perkataan., "eh aku nak susu HL tau" yaa itu minuman kegemaran kau yang aku catatkan.., perkenalan yang singkat dengan kepercayaan yang besar., aku cuba selam dunia kau sedalam mungkin supaya aku dapat apa yang kau mahu., sebuah "sayang" rupanya yaa yang kau mahu., mula hilang senyuman kau apabila di hancurkan oleh serangga pemusnah hati., "aku di berikan tongkat yang patah dan aku tidak mampu untuk bangkit dengan itu" yaaa itu la coretan hati kau yang dapat aku dengar., kasihan sungguh yaa wanita., dengan lafaz "sebesar mana masalah kau, aku cuba menjadi pendengar terbaik" bermula nya satu demi satu masalah di kongsi.,, semua individu dunia tidak pernah kering dengan masalah., itu tipu!! Jika ada yang lontarkan "aku suci dari masalah"... Jika ada yang pekik begitu, tidak mustahil dia di baling dengan satu tomahan.. Bangang!... Terima kasih kerana mengemaskan diriku di saloon... Rasa geram tetapi asalkan ia molek di mata kau.,

(Part 2)

Saturday, June 8, 2013

cerita lama telah di kejutkan

senyuman,,senyuman.... senyuman yang lama itu untuk yang dulu... sama seperti peristiwa di dalam zaman kehitaman dulu.. harap yang ini bukan permulaan segala perpisahan...bukan kau sama seperti dia... tetapi peristiwa itu sama seperti yang aku alami... rasa peristiwa itu belum pernah kau alami kerana kau selalu menyakiti hati mereka.. harap kali aku tidak terkena dengan permainan kau... jika kau ingin membuat satu permainan, aku mohon di seru kan kepada mereka supaya dengan aku juga mampu bersedia untuk sakit.. harap ujian ini tidak terkena pada kau... kerana sayang aku pada kau untuk allah.... assalamualaikum...

Monday, February 18, 2013

kisah rindu kita itu...

eh jam pukul berapa.... sebelas-sebelas... woww cantik nombor tu 1111... biase je aku tengok... tidak!! ini luar biase kerana dalam satu hari kau tidak akan jumpa waktu ini, hari ini hanya nasib baik sahaja... wahh betul jugak cakap kau...ada lagi satu 2222... yaaa itu pun sama..

dua waktu ini bukan permainan dalam hidup aku... nampak simple tapi sungguh rumit untuk kau jumpa waktu ini... jika aku jumpa waktu ini aku cuba untuk bayangkan dia... 1111... yes masa itu telah sampai... aku cuba imbas semua kenangan yang telah di rekodkan... 2222 hanya waktu malam sahaja... aku cuba bayangkan wajah mereka... 

apa yang unik dengan nombor ini adalah... aku suruh mereka berkata kepada si manis mereka tentang waktu ini.... setelah mereka tidak bersama... waktu ini menjadi peneman mengimbau masa lalu mereka... nampak bodoh bukan... tetapi mampu menitis air mata... waktu ini mampu menjadi penawar kepada mereka... sehingga mereka mampu tersenyum tetapi semua tinggal sejarah...

sebab itu rasa rindu tidak boleh di permain... nampak remeh tetapi rumit untuk menahan.. percaya lahh.. aku berdiri tegak dan mengangkat kedua belah tangan kerana aku tak mampu untuk tahan rasa ini.. aku juga salah seorang dari mereka... kali ini aku akan menuding jari ini ke arah muka sendiri... sambil berkata... "serve your right"....

senyuman,ketawa,sedih... itu semua kenangan yang mereka catatkan bersama... itulah yang paling sakit jika hilang... perkara ini kau tidak boleh bermain dengan khayalan... ini realiti... sekuat mana mereka itu dan mereka akan jatuh sebab rasa ini... aku akhiri tulisan ini dengan subahanallah....
assalamualaikum..

Tuesday, February 12, 2013

#kita punya (re-write)

setapak maju kehadapan..
dengan strategi yang kau agungkan..
bukan nya mata pisau di hadapan...
pastikan gerakan itu lebih optimis...
biar mereka tahu kita di dalam satu cabaran...
bukan hanya semata-mata laungan..
kita lihat, kita nampak tetapi kita tidak cuba untuk maju...
ini dunia realistik bukan hanya bintang itu yang kau lastik..
ini kita punya... bukan mereka...

banyak suara-suara hancing di gelanggang hitam...
hanya ikutan bukan menjadi di hadapan..
sahaja tunjuk untuk berlebihan...
sedangkan mereka telah di hambakan..
mereka hanya jutawan atas yang telah di hambakan..
yang lemah tetap menunjukkan kelemahan...
kita mampu bangun untuk kehidupan...
pastikan cabaran itu demi kematian...
ini kita punya... bukan mereka...

suara hancing itu telah melaungkannya lagi...
membuat mereka menjadi runsing..
kita cuma menunjukkan kebenaran..
apabila ilmu penipuan mereka telah berkembang...
bermula lah satu demi satu cawangan penipuan...
jangan sesekali kita di baling dengan penghinaan...
kita mampu ajar mereka dengan kekerasan...
jika tidak mampu kita hantar dengan hukuman klasik...
biar mereka terasa sehingga di dalam..
takkan islam hilang di dunia...
pepatah lagenda ini mampu di naikkan...
ini kita punya.... bukan mereka...


dengan kalimah laa ilaaa haa illallah,,,,
assalamualaikum...

Monday, February 11, 2013

#1 dia lagi besar...

maaf pembaca... aku tidak mencuit skrin putih ini sudah lama.. walaupun aku tiada pembaca tetap aku cuma melaungkan ini kepada dunia... idea yang tidak mampu mengalir buat masa 2 3 hari lalu.. "selawat je bebanyak nanti idea datang la tu" tersentak satu kisah yang pernah merayau di telinga... dengan lafaz basmallah aku memulakan cerita... bayangkan satu gadis ini, aku tidak berapa rapat dengan dia dan aku hanya tahu dia wanita yang periang menurut phsyco yang aku pernah buat... itu gadis tiada perasaan beb... tidak... kau silap... dia sebenarnya ada perasaan tetapi dia menggunakan senyuman sebagai luahan sedih... wanita ini bukan calang-calang kau boleh pusing... nampak selamba tapi mempunyai dua watak dalam satu masa.. perjuangan dalam kesabaran dia sungguh tinggi... wanita seperti ini juga aku ingin cuba mendekati.... mungkin satu hari nanti... pengalamannya sungguh luas... benar kata mereka wanita yang sentiasa ketawa akan menangis apabila apabila mempunyai masalah... aku tabik pada kata mereka.. kau boleh memahami namun mengambil masa... aku cuba ingin mengolah cerita ini tetapi aku takut wanita yang aku ceritakan ini terbaca... jadi... kelak akan di puisikan cerita ini... subbahanallah.. assalamualaikum...

Wednesday, February 6, 2013

BUNYI tidak pernah tidur...

betul... betul kata mereka... satu benda yang tak pernah tidur adalah "bunyi"... tak percaya..? cuba kau senyap untuk sebentar dan mesti kau akan dengar "bunyi".. tak kira laa ape bunyi pun... sebab itu "bunyi" itu tidak sesekali tidur... ia sama seperti dosa... sekarang..!!

terbentang luas alam ini...
telah di cipta cantik dan sempurna oleh-Nya...
tetapi manusia akhir zaman telah memusnahkan...
datang nya dari maksiat, zina....
ia lebih laju dari air sungai yang mengalir deras...


betul... sekali lagi betul..! dosa pun turut duduk di carta atas sama dengan bunyi... tetapi aku menaip kali ini bukan untuk memanjang cerita dosa dari maksiat atau zina.. undian paling banyak pada perjalanan carita masa kini adalah...... dosa yang datangnya dari kesakitan hati... masyaallah... itu sakit...aku pernah merasakan seperti kau mati tercekik nafas kau sendiri... baik hati wanita mahupun hati lelaki... jadi, tidak mustahil lah jika mereka bercerita bahawa kesakitan hati itu sungguh memedihkan...

hati...
berhati-hati harap dari kau...
sukar di lihat tetapi ia mampu di rasa...
hanya hati dapat di rasa oleh hati...
keistimewaan kau tidak boleh di tandingi....
walaupun mereka lengkap dengan anggota lain...
tetapi berkata lah kau wahai hati "ahh malas pulak aku"
secara automatik anggota badan kau lumpuh..
di situ nampak kehebatan kau...

mengapa mesti mereka yang menyakitkan hati.. sungguh pun itu lumrah dunia tetapi mengapa hati yang terpilih... ya mungkin ujian sang pencipta... aku akui itu... mengapa mesti ada jawapan "alaaah bukan jodoh aku" yess bukan jodoh tetapi masa mereka sudah memegang hati itu mengapa mereka janji pada hati.. bingai sungguh kalau di dengar "saya janji akan nikahi awak, kalau lah awk jodoh saya" heyy berhenti laaa kalau kau tak boleh nak buat.... yess kekadang salah itu datang daripada pihak yang lagi satu betul... aku akui lagi sekali yang itu memang lumrah kerana manusia tidak boleh lari dari kesilapan... walaupun aku jumpa hati yang lain sekalipun aku tetap akan pegang hati yang lama (kau punya si manis)... aku memang tidak terbaik dalam mengolah cerita ini tetapi jika ada yang lebih luas pengalamannya harap di kongsi dan boleh di perbetulkan insyaallah... aku akhiri olahan ini dengan laa ilaa haa illallah...
assalamualaikum....

Tuesday, February 5, 2013

kita sama-sama yang rasa


kebahagian..                       
senyum sama rupanya...
rambut sama warnanya...
hati sama bentuknya..
jari sama bilangannya...

yang membezakan adalah cara penjagaannya.. kebahagian tidak setiap hari datang pada diri mereka.. mempunyai dua elemen kebahagian yang boleh di adaptasikan bagi aku.. kebahagian di dalam kesedihan dan kebahagian di dalam kegembiraan... indah nya hidup mereka apabila mendapat kebahagian di dalam kesedihan... ia boleh di definisikan seperti mereka sedang bersedih di atas sejadah yang terbentang ketika taubat mereka... tidak semua yang mampu mendapat kebahagian seperti ini...
                                                                          
mengalir air matanya..                                
di ikuti dosanya...
di atas sejadah yang terbentang...
di hadapan sang pencipta....                                
"aku berdosa,aku berdosa"
hati yang keras boleh lemah-gemalai...



kebahagian....
kegembiraanku kita sama-sama rasa...
kau bahagia aku bahagia...
kejayaan aku di beri oleh-Nya...
alhamdulillah....

kebahagian di dalam kegembiraan bukan setiap padi mengejutkan kita... hanya hari-hari tertentu ia datang.. ada individu yang mengalami kebahagian semacam ini dengan lamanya... ada yang hanya beberapa minit ...
harap di sambut dengan elok-elok nya jika ia datang kepada kau... keadaan ini laa yang selalu mereka simpan di ruang-ruang saraf otak mereka...

#kebahagian sesama kita rasa tetapi yang membezakan adalah cara mereka menyambutnya...
Laaa Ilaaa Haa ILLALLAH.....

Sunday, February 3, 2013

hilang satu warna pelangi... kejam pemikiran mereka..

7 bukan... ya 7... cuba kau padamkan warna biru... yaa kebiasaannya warna pelangi itu yang dari jauh nya mesti menyerlah kebiruan dahulu...ini hanya di mata aku sahaja.... tetapi warna biru sekarang kau telah padamkan... aku terasa seperti biol memikirkan adakah itu pelangi... perkara bodoh telah menyentap di rongga akal aku sehingga aku ingin pergi mewarnai warna biru itu kembali.. yaaa! aku tidak mampu lakukan seperti itu.. hanya angan mat jenin yang bodoh sekadar untuk si bodoh...

hari ini kau masih lihat aku ketawa bukan.. hari ini kau lihat aku tersenyum bukan.. hari ini juga kau lihat aku gembira bukan... jika pelangi itu mempunyai simpang, aku tidak sesekali membelok ke kanan atau ke kiri...
sebab kau masih berada di depan.. jika benar pelangi itu mempunyai simpang dan aku pun cuba membelok ke kiri atau ke kanan... kau tahu apa jadi wahai manis... jika aku ke kiri secara automatik nya senyum ku lenyap... jika aku cuba ke kanan dengan tidak sengaja ketawa aku pupus.. dan jika aku tidak ke kiri atau ke kanan akhir nya aku kebelakang kau tahu apa jadi wahai manis... aku akan menjadi sedih...sebab itu aku masih ke hadapan jika aku di atas pelangi yang bersimpang.. kerana kau tetap berdiri di hadapan aku....

mereka kata "kau bukannya di gelanggang yang penontonnya sedang melaungkan nama kau"... itu aku tahu.. tetapi ini cerita aku bukan cerita mereka... aku lebih suka meluahkan di skrin putih daripada meluahkan dengan manusia yang kejam dengan cara pemikiran... makin rancak aku mengemas kini blog mengenai cinta..
jika kau lihat dengan hatimu kau nampak apa yang ingin aku sampaikan... ini bukan cinta... ini keadaan dunia semasa yang tua...

Assalamualaikum...

air yang bernajis....

kau dan aku sama seperti mereka...
yang membezakan adalah sifat kejam yang menjadi perkara biasa..
maruah bagaikan harga ikan yang di gantung di pasar...
membuat dosa di anggap sebagai hobi..
mencari pahala seperti benci...
mengejar pangkat di susun strategi...
mengejar darjat tersusun cantik perancangannya...
cari kebaikan di mata insan lain... biarkan nama mereka di julang...
tolong itu bukan tujuan simpati tetapi ingin mencari nama...
laungan suara di pentas-pentas kehidupan adalah dusta semua...
dunia sekarang dunia kewangan... yang miskin ramai terpedaya...
yang kaya menjadi semakin kaya... yang lemah sering tersungkur ke bawah...
dan yang kuat itu di berikan tahkta...
mereka semua najis di dalam air... tidak nampak dan susah kelihatan..
tetapi mampu di bau.. dengan kalimah laaa ilaa haa illallah.... assalamualaikum....


Saturday, February 2, 2013

cerita ini di junjung sekali lagi...

kit kat da habis pulak... blog tidak di update lagi... itu bagaikan idea aku... tidak mengapa... duduk saja di depan screen putih ini dan kau lihat saja logo oren itu... mungkin boleh mendatangkan idea... yaaa ia datang!
mungkin pertemuan akan datang akan menyelesaikan masalah kita.. tapi masa saja yang tidak nampak kita... kau hanya perlu bersabar sedikit saja... kekadang salah itu datang dari aku.. kekadang ada yang dari mereka.. mungkin kau perlu tahu yang cerita ini akan aku junjung sekali lagi... aku manusia dan kau manusia tetapi mereka hanya berfikiran seperti mahkluk yang di besarkan di hutan... mereka hanya nampak tetapi tidak sesekali selidik.. kesabaran itu memerlukan 1001 senyuman yang dipilih... jika kau ada senyuman itu kau hanya perlu layangkan saja... mungkin boleh memuaskan hati mereka... 

Thursday, January 31, 2013

tiupan seruling #2

heeiii ini zaman duit yang punya... mereka lebih cari duit berbanding menuju tuhan... yess itu syaitan... jauh kan diri kau... ini semua duniawi... seperti alunan seruling yang sedap di dengar tapi kau perlu tahu itu adalah penyeru iblis syaitan... ia boleh melekakan kau... bukan seperti si bangang di luar sana... yang kaya menjadi semakin kaya dan yang fakir berada di bawah... zaman penjajahan akhir nya kembali.. penjajahan mereka menggunakan dua faktor... pertama wang... kedua jawatan... aku tidak menuding kepada semua.. hanya mereka yang sentiasa menggunakan mereka yang berada di bawah untuk kesenangan mereka.. duit ini mampu membunuh... kawan aku pernah di pukul di sebabkan duit... yess duit memang penting untuk hidup tetapi yang lagi penting mana datang nya kau kalau bukan di hidupkan... maaf jika ada pihak terasa.. aku cuma naikkan kisah ini sebagai carta di atas... jika ada salah nya tolong di betulkan.... dengan kalimah laa ilaa haa illallah... assalamualaikum...





                                              

kita sama ade sepuluh jari..

ek eleh baru tak de duit da merungut.. kecoh laa kau! kau cakap senang sebab kau anak orang senang... dalam dompet pun duit yang berlipat-lipat duit 100... kalau macam aku ni duit rm1 pun susah aku nak lipatkan... hidup kau dengan aku jauh berbeza tapi di sebabkan perkataan KAWAN kita jadi rapat... bukan macam mereka... ada kawan tapi susah mereka di lupa senang mereka di cari... bila kita di angkat masa tu la kawan turut serta.. tapi bila kita di junam secara automatik perkataan kawan itu hilang betul... mengapa..? sebab ini lumrah dunia... yang betul nama KAWAN ialah... Allah, ibu bapa, adik beradik dan isteri... awek..? mungkin ye kalau sudah menjadi wanita hati mereka.... 4 inilah baru kawan... apabila kitta di julang mereka ada dan apabila di junam mereka sentiasa ada di sisi kita... awek..? mungkin ada di sisi tapi dia hanya tlong dengan kata-kata... (maaf si manis,, aku tidak tujukan ini untuk mu) ada juga kawan yang betul-betul KAWAN... tetapi mungkin susah untuk di cari... "zaman ini zaman duit.. senangkan diri kau dulu" (jeritan syaitan) zaman ini bukan zaman duit... zaman ini akan berakhir... ini sekadar pengalaman aku.. jika ada yang salah atau ada lagi besar pengalaman nya.. aku mohon untuk di kongsi.. dengan kalimah laaa ilaa haa illallah.... assalamualaikum


kita sama yang beza adalah sifat mereka
                                    


Wednesday, January 30, 2013

tiupan seruling #1

dengan kebesaran Allah s.w.t... menjadi naluri manusia akan rasa rindu,sayang dan cinta.... 3 perkara boleh di aplikasikan trend dunia masa kini.... perkara ini akan mengikut pattern pada pemain-pemain.... jika pemain itu boleh menggayakan cara pemainan mereka dengan baik... akan kekal laahhh... insyaallah...sinar syaitan itu perangkap dunia... suapan mereka adalah beracun.. membuat dosa membawa ke neraka... elakkan dan jangan runtuhkan iman kau... dengan kalimah laa ilaa haa illallah... assalamualaikum...

Tuesday, January 29, 2013

berpayungkan daun semalu....

tekun aku melihat kipas ini berpusing... pitam mata aku... pappp!! datang satu kisah di dalam memori otak ku yang telah bersarang... aku naikkan ia sebagai cerita di tahap teratas... aku ada satu kawan yang pernah menceritakan cerita nya... nampak bodoh cara penyampaian cerita itu tapi aku dapat bayangkan cerita itu memang memberi impak yang besar dan boleh mendatangkan insomniac...seperti kau meminum kopi yang di letak 15 sudu di campur bersama air sejuk tanpa gula... jelek bukan rasanya.... kopi pak belalang... "dah dia cakap dia nak pegi kat lelaki tu balik, aku pun lepaskan jela.. nak tengok sangat sapa punya kepala besar macam alien.. hahahaha" nampak bodoh bukan cara penyampaiannya... tapi aku layangkan satu soalan pada kawan itu.... "kau nangis tak.?".... reaksi wajah kawan itu berubah seperti di acukan pistol magnum tepat di mata kiri... "aku nangis arr beb"... selamba dan tajam terasa di hati nya semasa menjawab...aku pun hanya "hehh"... "muka ganas beb tapi jiwa tumbuh pokok semalu.. time sedap kembang time kecewa tutup" si kawan itu lemparkan senyuman dan berikan satu pukulan soalan yang aku tidak menjangka... "kalau awek kau keluar dengan lelaki lain pastu pegang tangan, apa kau rasa"  imaginasi aku terus berubah dan membayangkan dengan apa soalan si kawan tadi... wow... masa itu aku rasa cara penyampaian nya nampak bodoh tetapi memberikan impak yang mendalam...dengan tenang aku cuba menjawab.. "aku bersyukur sebab allah telah tunjukkan aku perkara yang betul" sememang nya jawapan di mulut aku ini tidak sama di dalam hati.... sama juga seperti mereka... mereka juga ingin memberikan jawapan yang tidak memalukan...
aku hanya sekadar mengolah cerita yang pernah masuk ke ruang pendengaran aku... banyak lagi yang tersimpan di dalam memori ini cuma aku tidak tahu di dalam file mana yang aku letakkan... setelah aku ingat aku cuba susunkan ayat untuk kamu dan mereka semua... ku pohon dan ku susun sepuluh jari kepada mereka yang terasa hati... dengan kalimah laaa ilaaa haa illallah... assalamualaikum...

Monday, January 28, 2013

selangkah sebelum ke liang lahad




gguuurrppp... aahhhhh... indah nye masa kehausan ini air mengalir di tekak mereka.. lama aku merenung skrin putih... sambil kedua tangan di atas papan kunci... satu adrenalin menyerap masuk... mengingatkan aku pada peristiwa kehilangan masyarakat di tanah yang subur ini... ini bukan cerita kita... ini cerita mereka yang nyata... #1.. "heyy kau tua, mulut jaga sikit laa... kau tu da tua tinggal tunggu time je" yessss tersentap sekejap aku ... memang die tua tapi belum comfirm die jalan dulu... sila berfikir sebelum menghembus ayat di mulut jangan jadi ayat itu adalah hembusan terakhir kau... setua tua mereka kau kena tahu yang mereka lagi banyak pengalaman daripada kau... "OLD means orang lama derr" lu tau ape...  #2 bebaru ni aku telah menziarahi makhluk Allah yang ingin di usung ke liang lahad.... pernah mereka terfikir bagaimana azab nya apabila datang the greats is Mungkar and Nangkir dengan soalan-soalan beliau... semasa nazak akan datang wakil rakyat yang paling di geruni makhluk is Izrail yang akan jalankan kerja nya... semasa itu ada air mata yang ikhlas dan ada air mata yang palsu keluar dari mata mereka... kesedihan itu akan datang semasa pergi nya kau wahai si mati... selepas mereka meninggalkan kau wahai si mati dari liang lahad itu.. kau akan keseorang tanpa teman... hanya amalan yang kau perlukan... dan aku hanya mengingatkan diri ini dan pada mereka semua untuk cari cahaya bukan kegelapan yang kau perlukan... ini cerita dia bukan hanya rekaan... tetapi hanya kau dan mereka yang boleh mentafsir dan menilai... aku tidak berniat untuk mengecilkan hati mereka-mereka... jika ada yang terasa hatinya ku tepuk 10 jari mohon maaf... dengan kalimah laaa ilaaa haa illallah..... assalamualaikum...






Sunday, January 27, 2013

sama juga seperti semut dan lalat...

tengok tajuk serupa bebal tetapi aku cuba untuk mengolahkan ini cerita.. mereka kata yang mereka ni nampak bahagia, ada juga mereka kata yang mereka ni nampak senang.. tetapi senyuman mereka tidak same seperti hati mereka.. kau tengok semut.. mereka cakap semut ni bagus kan dala kecik mesti dapat masuk tempat sempit... kalau kau da cakap macam tu kenapa kau marah semut masuk dalam bekas gula kau... kesiannya nye lalat kerana tanpa pujian sering terima kutukan tetapi meninggalkan parut pada manusia turun-temurun sehingga ke hari ini... mereka mesti fikir yang tajuk kat atas tu macam bingai je kan... ye memang betul bingai... bila-bila masa mereka boleh jadi senang dan bila-bila masa mereka bole jadi susah.. hidup ini roller coaster laa kawan... kekadang kau kat atas dan aku kat bawah... kekadang juga kau kat bawah dan aku kat atas tetapi jangan sampai mereka yang duduk di bawah selamanya... memang orang cakap... "wah bahagia nya kau jenab" tetapi itu yang kau nampak bahagia nya si jenab tu... yang kau tak nampak..??? haaaaa.... ada mereka suka memberita dan ada juga mereka suka menyimpan.... dan orang yang menyimpan tu yang bahaya sebenar nya... simpan-simpan lepas tu dah benak dia telan... kalau semua boleh telan tak pe ini dia muntahkan balik kat muka kau... kan kena.... aku hanya bercerita pergerakkan bumi dan perangai manusia pada masa kini... cerita ini hanya aku mengorek dari pengalaman yang sudah lama tersimpan... dengan kalimah laaailaa haa illallah.... assalamualaikum.....



their smile
IS NOT SAME AS


their heart



Friday, January 25, 2013

bingai!!!

aaarrgghhh!!!! jadi tak tidur aku layankan report praktikal ni....
dah naik pecah biji mata.. tula time ada masa kau buang masa.. haaa kan mendapat..
iisshhhh... hidup da jadi kelawar da sebab kau report.. nak layankan kau pun tak bole jugak...
aaaarrgghhhh tension aku... assalamualaikum...

Thursday, January 24, 2013

bukan kau sorang ada!!

heh!! 1.aku ada diploma..2. aku ada ijazah..3. aku ada master..4. aku ada PHD..
wah best nye korang... mesti gaji besarkan... 1,2,3,4 of course laaa!! 5. hahahaha...
1,2,3,4 asal kau ketawa... 5. tak delah aku just pelik, sebab ada lagi orang macam ni...
1,2,3,4 kau cakap lebih laa bro... at least kite orang ada jugak.. kau ada..??
5. aku ada tapi tak dela gempak macam korang.. 1,2,3,4 ape kau ade..?? 5. aku cuma ada pengalaman
je bro... 1,2,3,4, hahahahha.... pengalaman..?? berapa banyak gaji kau dapat...? 5. boleh laa cukup makan
keluarga... duit pun makan sendiri2 bro.. 1,2,3,4 hahahaha zaman sekarang mana ckup.. 5. insyaallah ckup...
allah akan bantu kalau kita tak lupa die.. 1,2,3,4 tapi aku pelik macam mana kau boleh kerja syarikat besar
mcm ni sdangkan kau tak de pape... just pengalaman bukan susah pun nak dapat... 5. diploma,ijazah,master,phd terbaik datang dari jalanan.. kite sendiri rasa.. 1,2,3,4 eh blagak pulak kau ni...
5. bukan mcm tu.. aku ckp ape aku pernah rasa... 1,2,3,4 eleh gaji kecik nak belagak pulak.. 5. *senyum sinis... tak pela gaji aku kecik ke besar sekurang2 nya aku yang bayar gaji korang... :)
*hidup lain kali tak perlu laa nak cakap besar... sebab ada orang lagi besar dari kau...
maaf bagi yang terasa.. aku hanya bercerita berdasarkan pengalaman...
assalamualaikum..