Monday, February 18, 2013

kisah rindu kita itu...

eh jam pukul berapa.... sebelas-sebelas... woww cantik nombor tu 1111... biase je aku tengok... tidak!! ini luar biase kerana dalam satu hari kau tidak akan jumpa waktu ini, hari ini hanya nasib baik sahaja... wahh betul jugak cakap kau...ada lagi satu 2222... yaaa itu pun sama..

dua waktu ini bukan permainan dalam hidup aku... nampak simple tapi sungguh rumit untuk kau jumpa waktu ini... jika aku jumpa waktu ini aku cuba untuk bayangkan dia... 1111... yes masa itu telah sampai... aku cuba imbas semua kenangan yang telah di rekodkan... 2222 hanya waktu malam sahaja... aku cuba bayangkan wajah mereka... 

apa yang unik dengan nombor ini adalah... aku suruh mereka berkata kepada si manis mereka tentang waktu ini.... setelah mereka tidak bersama... waktu ini menjadi peneman mengimbau masa lalu mereka... nampak bodoh bukan... tetapi mampu menitis air mata... waktu ini mampu menjadi penawar kepada mereka... sehingga mereka mampu tersenyum tetapi semua tinggal sejarah...

sebab itu rasa rindu tidak boleh di permain... nampak remeh tetapi rumit untuk menahan.. percaya lahh.. aku berdiri tegak dan mengangkat kedua belah tangan kerana aku tak mampu untuk tahan rasa ini.. aku juga salah seorang dari mereka... kali ini aku akan menuding jari ini ke arah muka sendiri... sambil berkata... "serve your right"....

senyuman,ketawa,sedih... itu semua kenangan yang mereka catatkan bersama... itulah yang paling sakit jika hilang... perkara ini kau tidak boleh bermain dengan khayalan... ini realiti... sekuat mana mereka itu dan mereka akan jatuh sebab rasa ini... aku akhiri tulisan ini dengan subahanallah....
assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment