Monday, February 18, 2013

kisah rindu kita itu...

eh jam pukul berapa.... sebelas-sebelas... woww cantik nombor tu 1111... biase je aku tengok... tidak!! ini luar biase kerana dalam satu hari kau tidak akan jumpa waktu ini, hari ini hanya nasib baik sahaja... wahh betul jugak cakap kau...ada lagi satu 2222... yaaa itu pun sama..

dua waktu ini bukan permainan dalam hidup aku... nampak simple tapi sungguh rumit untuk kau jumpa waktu ini... jika aku jumpa waktu ini aku cuba untuk bayangkan dia... 1111... yes masa itu telah sampai... aku cuba imbas semua kenangan yang telah di rekodkan... 2222 hanya waktu malam sahaja... aku cuba bayangkan wajah mereka... 

apa yang unik dengan nombor ini adalah... aku suruh mereka berkata kepada si manis mereka tentang waktu ini.... setelah mereka tidak bersama... waktu ini menjadi peneman mengimbau masa lalu mereka... nampak bodoh bukan... tetapi mampu menitis air mata... waktu ini mampu menjadi penawar kepada mereka... sehingga mereka mampu tersenyum tetapi semua tinggal sejarah...

sebab itu rasa rindu tidak boleh di permain... nampak remeh tetapi rumit untuk menahan.. percaya lahh.. aku berdiri tegak dan mengangkat kedua belah tangan kerana aku tak mampu untuk tahan rasa ini.. aku juga salah seorang dari mereka... kali ini aku akan menuding jari ini ke arah muka sendiri... sambil berkata... "serve your right"....

senyuman,ketawa,sedih... itu semua kenangan yang mereka catatkan bersama... itulah yang paling sakit jika hilang... perkara ini kau tidak boleh bermain dengan khayalan... ini realiti... sekuat mana mereka itu dan mereka akan jatuh sebab rasa ini... aku akhiri tulisan ini dengan subahanallah....
assalamualaikum..

Tuesday, February 12, 2013

#kita punya (re-write)

setapak maju kehadapan..
dengan strategi yang kau agungkan..
bukan nya mata pisau di hadapan...
pastikan gerakan itu lebih optimis...
biar mereka tahu kita di dalam satu cabaran...
bukan hanya semata-mata laungan..
kita lihat, kita nampak tetapi kita tidak cuba untuk maju...
ini dunia realistik bukan hanya bintang itu yang kau lastik..
ini kita punya... bukan mereka...

banyak suara-suara hancing di gelanggang hitam...
hanya ikutan bukan menjadi di hadapan..
sahaja tunjuk untuk berlebihan...
sedangkan mereka telah di hambakan..
mereka hanya jutawan atas yang telah di hambakan..
yang lemah tetap menunjukkan kelemahan...
kita mampu bangun untuk kehidupan...
pastikan cabaran itu demi kematian...
ini kita punya... bukan mereka...

suara hancing itu telah melaungkannya lagi...
membuat mereka menjadi runsing..
kita cuma menunjukkan kebenaran..
apabila ilmu penipuan mereka telah berkembang...
bermula lah satu demi satu cawangan penipuan...
jangan sesekali kita di baling dengan penghinaan...
kita mampu ajar mereka dengan kekerasan...
jika tidak mampu kita hantar dengan hukuman klasik...
biar mereka terasa sehingga di dalam..
takkan islam hilang di dunia...
pepatah lagenda ini mampu di naikkan...
ini kita punya.... bukan mereka...


dengan kalimah laa ilaaa haa illallah,,,,
assalamualaikum...

Monday, February 11, 2013

#1 dia lagi besar...

maaf pembaca... aku tidak mencuit skrin putih ini sudah lama.. walaupun aku tiada pembaca tetap aku cuma melaungkan ini kepada dunia... idea yang tidak mampu mengalir buat masa 2 3 hari lalu.. "selawat je bebanyak nanti idea datang la tu" tersentak satu kisah yang pernah merayau di telinga... dengan lafaz basmallah aku memulakan cerita... bayangkan satu gadis ini, aku tidak berapa rapat dengan dia dan aku hanya tahu dia wanita yang periang menurut phsyco yang aku pernah buat... itu gadis tiada perasaan beb... tidak... kau silap... dia sebenarnya ada perasaan tetapi dia menggunakan senyuman sebagai luahan sedih... wanita ini bukan calang-calang kau boleh pusing... nampak selamba tapi mempunyai dua watak dalam satu masa.. perjuangan dalam kesabaran dia sungguh tinggi... wanita seperti ini juga aku ingin cuba mendekati.... mungkin satu hari nanti... pengalamannya sungguh luas... benar kata mereka wanita yang sentiasa ketawa akan menangis apabila apabila mempunyai masalah... aku tabik pada kata mereka.. kau boleh memahami namun mengambil masa... aku cuba ingin mengolah cerita ini tetapi aku takut wanita yang aku ceritakan ini terbaca... jadi... kelak akan di puisikan cerita ini... subbahanallah.. assalamualaikum...

Wednesday, February 6, 2013

BUNYI tidak pernah tidur...

betul... betul kata mereka... satu benda yang tak pernah tidur adalah "bunyi"... tak percaya..? cuba kau senyap untuk sebentar dan mesti kau akan dengar "bunyi".. tak kira laa ape bunyi pun... sebab itu "bunyi" itu tidak sesekali tidur... ia sama seperti dosa... sekarang..!!

terbentang luas alam ini...
telah di cipta cantik dan sempurna oleh-Nya...
tetapi manusia akhir zaman telah memusnahkan...
datang nya dari maksiat, zina....
ia lebih laju dari air sungai yang mengalir deras...


betul... sekali lagi betul..! dosa pun turut duduk di carta atas sama dengan bunyi... tetapi aku menaip kali ini bukan untuk memanjang cerita dosa dari maksiat atau zina.. undian paling banyak pada perjalanan carita masa kini adalah...... dosa yang datangnya dari kesakitan hati... masyaallah... itu sakit...aku pernah merasakan seperti kau mati tercekik nafas kau sendiri... baik hati wanita mahupun hati lelaki... jadi, tidak mustahil lah jika mereka bercerita bahawa kesakitan hati itu sungguh memedihkan...

hati...
berhati-hati harap dari kau...
sukar di lihat tetapi ia mampu di rasa...
hanya hati dapat di rasa oleh hati...
keistimewaan kau tidak boleh di tandingi....
walaupun mereka lengkap dengan anggota lain...
tetapi berkata lah kau wahai hati "ahh malas pulak aku"
secara automatik anggota badan kau lumpuh..
di situ nampak kehebatan kau...

mengapa mesti mereka yang menyakitkan hati.. sungguh pun itu lumrah dunia tetapi mengapa hati yang terpilih... ya mungkin ujian sang pencipta... aku akui itu... mengapa mesti ada jawapan "alaaah bukan jodoh aku" yess bukan jodoh tetapi masa mereka sudah memegang hati itu mengapa mereka janji pada hati.. bingai sungguh kalau di dengar "saya janji akan nikahi awak, kalau lah awk jodoh saya" heyy berhenti laaa kalau kau tak boleh nak buat.... yess kekadang salah itu datang daripada pihak yang lagi satu betul... aku akui lagi sekali yang itu memang lumrah kerana manusia tidak boleh lari dari kesilapan... walaupun aku jumpa hati yang lain sekalipun aku tetap akan pegang hati yang lama (kau punya si manis)... aku memang tidak terbaik dalam mengolah cerita ini tetapi jika ada yang lebih luas pengalamannya harap di kongsi dan boleh di perbetulkan insyaallah... aku akhiri olahan ini dengan laa ilaa haa illallah...
assalamualaikum....

Tuesday, February 5, 2013

kita sama-sama yang rasa


kebahagian..                       
senyum sama rupanya...
rambut sama warnanya...
hati sama bentuknya..
jari sama bilangannya...

yang membezakan adalah cara penjagaannya.. kebahagian tidak setiap hari datang pada diri mereka.. mempunyai dua elemen kebahagian yang boleh di adaptasikan bagi aku.. kebahagian di dalam kesedihan dan kebahagian di dalam kegembiraan... indah nya hidup mereka apabila mendapat kebahagian di dalam kesedihan... ia boleh di definisikan seperti mereka sedang bersedih di atas sejadah yang terbentang ketika taubat mereka... tidak semua yang mampu mendapat kebahagian seperti ini...
                                                                          
mengalir air matanya..                                
di ikuti dosanya...
di atas sejadah yang terbentang...
di hadapan sang pencipta....                                
"aku berdosa,aku berdosa"
hati yang keras boleh lemah-gemalai...



kebahagian....
kegembiraanku kita sama-sama rasa...
kau bahagia aku bahagia...
kejayaan aku di beri oleh-Nya...
alhamdulillah....

kebahagian di dalam kegembiraan bukan setiap padi mengejutkan kita... hanya hari-hari tertentu ia datang.. ada individu yang mengalami kebahagian semacam ini dengan lamanya... ada yang hanya beberapa minit ...
harap di sambut dengan elok-elok nya jika ia datang kepada kau... keadaan ini laa yang selalu mereka simpan di ruang-ruang saraf otak mereka...

#kebahagian sesama kita rasa tetapi yang membezakan adalah cara mereka menyambutnya...
Laaa Ilaaa Haa ILLALLAH.....

Sunday, February 3, 2013

hilang satu warna pelangi... kejam pemikiran mereka..

7 bukan... ya 7... cuba kau padamkan warna biru... yaa kebiasaannya warna pelangi itu yang dari jauh nya mesti menyerlah kebiruan dahulu...ini hanya di mata aku sahaja.... tetapi warna biru sekarang kau telah padamkan... aku terasa seperti biol memikirkan adakah itu pelangi... perkara bodoh telah menyentap di rongga akal aku sehingga aku ingin pergi mewarnai warna biru itu kembali.. yaaa! aku tidak mampu lakukan seperti itu.. hanya angan mat jenin yang bodoh sekadar untuk si bodoh...

hari ini kau masih lihat aku ketawa bukan.. hari ini kau lihat aku tersenyum bukan.. hari ini juga kau lihat aku gembira bukan... jika pelangi itu mempunyai simpang, aku tidak sesekali membelok ke kanan atau ke kiri...
sebab kau masih berada di depan.. jika benar pelangi itu mempunyai simpang dan aku pun cuba membelok ke kiri atau ke kanan... kau tahu apa jadi wahai manis... jika aku ke kiri secara automatik nya senyum ku lenyap... jika aku cuba ke kanan dengan tidak sengaja ketawa aku pupus.. dan jika aku tidak ke kiri atau ke kanan akhir nya aku kebelakang kau tahu apa jadi wahai manis... aku akan menjadi sedih...sebab itu aku masih ke hadapan jika aku di atas pelangi yang bersimpang.. kerana kau tetap berdiri di hadapan aku....

mereka kata "kau bukannya di gelanggang yang penontonnya sedang melaungkan nama kau"... itu aku tahu.. tetapi ini cerita aku bukan cerita mereka... aku lebih suka meluahkan di skrin putih daripada meluahkan dengan manusia yang kejam dengan cara pemikiran... makin rancak aku mengemas kini blog mengenai cinta..
jika kau lihat dengan hatimu kau nampak apa yang ingin aku sampaikan... ini bukan cinta... ini keadaan dunia semasa yang tua...

Assalamualaikum...

air yang bernajis....

kau dan aku sama seperti mereka...
yang membezakan adalah sifat kejam yang menjadi perkara biasa..
maruah bagaikan harga ikan yang di gantung di pasar...
membuat dosa di anggap sebagai hobi..
mencari pahala seperti benci...
mengejar pangkat di susun strategi...
mengejar darjat tersusun cantik perancangannya...
cari kebaikan di mata insan lain... biarkan nama mereka di julang...
tolong itu bukan tujuan simpati tetapi ingin mencari nama...
laungan suara di pentas-pentas kehidupan adalah dusta semua...
dunia sekarang dunia kewangan... yang miskin ramai terpedaya...
yang kaya menjadi semakin kaya... yang lemah sering tersungkur ke bawah...
dan yang kuat itu di berikan tahkta...
mereka semua najis di dalam air... tidak nampak dan susah kelihatan..
tetapi mampu di bau.. dengan kalimah laaa ilaa haa illallah.... assalamualaikum....


Saturday, February 2, 2013

cerita ini di junjung sekali lagi...

kit kat da habis pulak... blog tidak di update lagi... itu bagaikan idea aku... tidak mengapa... duduk saja di depan screen putih ini dan kau lihat saja logo oren itu... mungkin boleh mendatangkan idea... yaaa ia datang!
mungkin pertemuan akan datang akan menyelesaikan masalah kita.. tapi masa saja yang tidak nampak kita... kau hanya perlu bersabar sedikit saja... kekadang salah itu datang dari aku.. kekadang ada yang dari mereka.. mungkin kau perlu tahu yang cerita ini akan aku junjung sekali lagi... aku manusia dan kau manusia tetapi mereka hanya berfikiran seperti mahkluk yang di besarkan di hutan... mereka hanya nampak tetapi tidak sesekali selidik.. kesabaran itu memerlukan 1001 senyuman yang dipilih... jika kau ada senyuman itu kau hanya perlu layangkan saja... mungkin boleh memuaskan hati mereka...